web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Naik Kadar RMT: KPM Sedang Bincang Dengan MOF, Teliti Segala Implikasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 5:46PM

Cadangan mempertimbangkan kenaikan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sedang dibincangkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kewangan (MOF) - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Cadangan mempertimbangkan kenaikan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sedang dibincangkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kewangan (MOF), sebelum ia dibawa ke usul Belanjawan 2023.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, perkara itu memerlukan penelitian terperinci kerana mempunyai implikasi besar terhadap aspek kewangan.

Katanya, KPM sedang dalam proses membuat persediaan berhubung cadangan itu untuk dibawa ke peringkat akhir.

“Berkaitan dengan kos mengenai RMT itu yang dikatakan terlalu rendah, perkara terbabit pun kita sedang dan akan terus bincang dengan MOF, bagi memastikan kita mengambil kira semua aspek sebelum sebarang pertimbangan dibuat.

“Perkara ini kita akan bincang untuk disiapkan kertas untuk dibawa ke Kabinet. Kita perlu ingat setiap perkara ini memerlukan sedikit masa kerana ia melibatkan implikasi besar,” katanya pada sidang media selepas program Eksplorasi Alam Lestari di Zoo Negara hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan agar kadar RMT bagi setiap murid dinaikkan kepada RM4 di Semenanjung serta RM5 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, peruntukan sedia ada KPM bagi RMT, iaitu RM2.50 untuk murid di Semenanjung serta RM3 di Sabah, Sarawak dan Labuan adalah tidak mencukupi dalam menampung perbelanjaan kos bahan mentah semasa mengikut menu ditetapkan menerusi program itu.

Cadangan dikemukakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin itu turut disokong Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa yang memaklumkan, jika kadar RMT berkenaan tidak dinaikkan seiring peningkatan harga barang ketika ini, dikhuatiri lebih ramai pengusaha kantin enggan memperbaharui kontrak membekalkan makanan bagi program terbabit.

Menerusi laporan Getaran hari ini, beliau mendedahkan, situasi itu sudahpun berlaku disebabkan ramai pengusaha menanggung kerugian akibat kenaikan harga bahan mentah di pasaran.

“Isu ini dah mula timbul sekarang yang mana ada pengusaha kantin bersuara tak nak sambung kontrak RMT. Mereka hanya nak buat kantin sekolah sahaja. Perkara ini sepatutnya tak boleh berlaku.

“Sepatutnya RMT ini memberi bonus kepada pengusaha kantin tapi sekarang mereka tak berminat. Jadi kalau kita nak offer (tawar) kepada orang luar, saya rasa orang luar pun tak nak. Siapalah nak buat RM2.50 lepas tu kena hantar kat sekolah lagi?” soalnya.

Sementara itu, mengenai isu kuarters guru terbiar, Mohd Radzi berkata, perkara berkenaan disebabkan lokasinya yang tidak strategik dan kurang permintaan untuk menetap di situ.

“Isu ini melibatkan dua konteks, pertama ada kuarters yang lokasinya mendapat permintaan tinggi, kedua ada kuarters dibina di kawasan tidak ada permintaan, khususnya apabila kos untuk duduk di luar lebih murah dan ada juga kuarters ini dibina di lokasi tidak sesuai.

“Ini isu legasi yang lama berlarutan dan kami di kementerian sedang mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan perkara berkenaan,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar