web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perhimpunan Turun Harga Barang, 10 Dipanggil Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 4:44PM

Sebelas individu termasuk ahli politik selesai memberikan keterangan kepada polis selepas dipanggil membantu siasatan berhubung Perhimpunan Turun Harga Barang Sabtu lalu - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepuluh individu termasuk ahli politik selesai memberikan keterangan kepada polis selepas dipanggil membantu siasatan berhubung Perhimpunan Turun Harga Barang yang berlangsung di Kompleks Sogo Sabtu lalu.

Antara yang dipanggil adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura; Timbalan Ketua Pemuda Amanah Malaysia, Abbas Salimmi Che Adzmi dan beberapa lain.

Mereka masuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersama peguam masing-masing sekitar jam 2.40 petang.

Kira-kira sejam kemudian iaitu sekitar jam 3.40 petang, semua individu yang hadir memberi keterangan keluar meninggalkan perkarangan IPD Dang Wangi.

Bercakap kepada media selepas memberi keterangan, Adam berkata, pihaknya memberikan kerjasama baik terhadap pihak polis sepanjang proses merakam keterangan berlangsung.

Sebelas individu termasuk ahli politik ini disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan telah memberikan kerjasama baik kepada pegawai penyiasat sepanjang proses siasatan - Gambar oleh Syeda Imran
Sebelas individu termasuk ahli politik ini disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan telah memberikan kerjasama baik kepada pegawai penyiasat sepanjang proses siasatan - Gambar oleh Syeda Imran

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya menganggap siasatan ke atas peserta perhimpunan adalah satu intimidasi kerana protes bukanlah satu perkara yang salah di sisi undang-undang.

“Kami disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan telah memberikan kerjasama baik kepada pegawai penyiasat sepanjang proses siasatan.

“Bagaimanapun, kami berpendapat soal perhimpunan aman dan hak untuk bersuara dijamin oleh Perlembangaan (Malaysia),” katanya kepada media.

Sementara itu, Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara berkata, polis tidak perlu membuang masa kepada aktivis dan mahasiswa  untuk menyiasat berhubung perhimpunan tersebut, memandangkan tiada kekacauan berlaku sepanjang protes tersebut berlangsung.

“Ini membuang masa anggota (polis) sendiri kerana mereka boleh fokus kepda tugas lain. Bagi kami, perhimpunan tersebut adalah untuk menekan pihak kerajaan supaya mendengar apa yang dimahukan oleh mahasiswa dan rakyat.

“Ia adalah suara rakyat yang kami wakili kerana isu kos sara hidup adalah sangat penting dalam situasi sekarang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis daerah Dang Wangi Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi Getaran mengesahkan, keterangan semua 10 individu berkenaan selesai dirakam bermula jam 2.40 petang tadi.

"Saya boleh sahkan petang tadi seramai 10 individu telah tampil ke IPD Dang Wangi dan selesai diambil keterangan oleh pegawai penyiasat siasatan kes berkenaan.

"Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012," tegasnya. - Getaran, 25 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad