web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RUU Anti Lompat Parti Dibahas 27 Julai, Gulung Keesokannya - Wan Junaidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 7:24AM

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Undang-undang berhubung anti lompat parti akan dibentang pada 27 Julai dan jika tiada halangan akan digulung keesokan harinya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata Rang Undang-Undang (RUU) berhubung peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti itu juga, telah menjalani banyak sesi libat urus sejak Januari lepas, sekali gus sudah lazim diketahui dalam kalangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Tambah beliau, corak bagi RUU itu juga berlainan jika dibandingkan dengan undang-undang sedia ada, berikutan ia dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas dan dicetak oleh pihak Parlimen, dan bukannya dibuat dari kamar Jabatan Peguam Negara.

“Jadi saya nak jelaskan di situ, prosedur RUU itu sendiri, semua Ahli Parlimen sudah tahu. Insya-Allah, pada 27 ia akan dibahas dan pada 28 petang, jam 2.30, insya-Allah saya akan menggulungnya.

“Kalau tiada halangan, Ahli Parlimen setuju (dengan RUU itu), kita akan dapat menamatkan dan menyelesaikan perkara itu sebelum pukul 5.30 petang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis anugerah Lang International Corporate Titan Awards (LICTA) 2021 di sini, semalam.

Terdahulu beliau memaklumkan, libat urus Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bersama Ahli Dewan Rakyat kerajaan, akan diadakan pada 25 Julai dan libat urus bersama Ahli Dewan Rakyat pembangkang pada keesokan harinya.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai akta berhubung kebankrapan, beliau berkata kerajaan sedang mengkaji mekanisme mengikut model negara lain, untuk menangani masalah muflis dengan berkesan.

Katanya, walaupun kerajaan sudah meningkatkan nilai ambang dari RM50,000 ke RM100,000 pada 2020, namun beliau berpendapat meningkatkan nilai ambang baharu kepada jumlah yang lebih tinggi kini, adalah bukan satu penyelesaian yang baik, khususnya dengan kesan susulan impak COVID-19.

“Walaupun ia (peningkatan nilai ambang) boleh bertahan buat sementara tetapi kita perlu mencari mekanisme terbaik mengikut model negara lain... Dan kajian ini sudah dibuat, saya tidak boleh berjanji bila satu-satu pindaan boleh dibuat, menerusi libat urus dengan semua pihak, Bank Negara Malaysia (BNM), persatuan bank dan sebagainya.

“Kita mesti ingat satu perkara yang penting, kita sedang bergerak ke arah negara usahawan menjelang 2030, kalau ramai sangat terbabit dengan muflis ini, anak belia kita lari daripada berusaha, akan membantutkan usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara peniaga,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan undang-undang berhubung muflis itu diwujudkan pada zaman British, dan belum pernah diubah secara menyeluruh. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad