web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persatuan OKU Sentral Cadang SPRM Sediakan Jurubahasa Isyarat Dalam Urusan Rasmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 6:32PM

Ras Adiba Radzi ketika ditemui pada majlis penutup Program Antirasuah Bersama Komuniti Orang Pekak anjuran SPRM, di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Persatuan OKU Sentral mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkenalkan perkhidmatan jurubahasa isyarat, dalam semua urusan rasmi agensi itu, terutamanya ketika berhubung dengan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran dan pertuturan.

Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata usaha ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan menerusi Pelan Tindakan OKU 2016-2022, yang menekankan usaha untuk meningkatkan tahap aksesibiliti golongan OKU kepada maklumat dan komunikasi.

Beliau berkata sebelum ini terdapat keterbatasan dari segi komunikasi kerana OKU pendengaran susah untuk meluahkan perasaan mereka.

“Justeru selepas ini SPRM adalah agensi yang begitu inklusif dan tidak meninggalkan sesiapa. Tiada sesiapa yang tertinggal dalam komunikasi agar kami tidak merasakan kami ni masyarakat kelas ketiga,” katanya kepada media ketika ditemui pada majlis penutup Program Antirasuah Bersama Komuniti Orang Pekak anjuran SPRM, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) berkata kegiatan rasuah telah mendiskrimansi golongan OKU dalam pelbagai cara, antaranya ia menjadikan OKU lebih terdedah kepada salah guna kuasa.

Ras Adiba berkata diskriminasi juga mengakibatkan kesan rasuah ditanggung secara tidak seimbang oleh OKU serta menimbulkan halangan untuk mangsa rasuah daripada mencari keadilan.

Beliau berkata ciri-ciri tertentu boleh menjadikan sesetengah OKU lebih terdedah kepada rasuah berbanding yang lain.

“Itu termasuk ketidakupayaan intelektual dan ketidakupayaan psikososial manakala kanak-kanak, orang tua dan wanita kurang upaya mungkin mengalami bentuk rasuah diskriminasi yang lebih teruk,” katanya.

Mengenai prorgam hari ini, Ras Adiba berkata SPRM merupakan agensi penguatkuasaan undang-undang pertama di negara yang mengadakan program kesedaran mengenai rasuah bersama komuniti OKU pendengaran.

Beliau berkata kira-kira 100 orang ahli dari Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah menyertai program tersebut.

“Banyak manfaat serta pengetahuan yang sangat berguna diperolehi melalui program hari ini dan yang paling penting sekali jambatan yang menghubungkan SPRM dan komuniti pekak telah terbina melalui MFD,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar