web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


30 Peserta Perhimpunan Dikenal Pasti, Bakal Dipanggil Beri Keterangan - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 7:17PM

Sekitar Perhimpunan Turun Harga Barang yang berlangsung di depan kompleks Sogo hari ini. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga puluh individu akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung Perhimpunan Turun Harga Barang yang berlangsung di depan kompleks Sogo hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya berkata, lima kertas siasatan turut dibuka susulan perhimpunan tersebut.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah membuka lima kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Semua 30 individu yang telah dikenal pasti terlibat itu akan dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan dalam masa terdekat,” katanya hari ini.

Beliau berkata, perhimpunan bermula jam 2 hingga 3 petang itu disertai lebih kurang 100 individu.

“Mereka terdiri daripada mahasiswa dan ahli politik, selain beberapa individu yang sudah dikenal pasti.

“Dalam perhimpunan tersebut, mereka memegang plakad dan sepanduk bertulis ‘Potong Gaji Menteri’, ‘Turun dan Lawan’ dan lain/lain lagi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Dellhan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik dan mahasiswa menyertai Perhimpunan Turun Harga Barang di Kompleks Sogo.

Perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman walaupun ada cubaan untuk berarak ke Dataran Merdeka yang tidak berjaya kerana dihalang polis. - Getaran, 23 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad