Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemeriksaan Polis Terhadap Kenderaan Bawa Senjata Adalah Rutin - KP Johor

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 1:09PM

Kamarul Zaman Mamat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pemeriksaan terhadap kenderaan yang membawa keluar senjata api, peluru dan peralatan di pintu masuk antara Malaysia dan Singapura adalah pemeriksaan rutin oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, kata Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Beliau berkata dalam pemeriksaan semalam di laluan lori (keluar) Malaysia - Singapura di Kompleks B, Bangunan Sultan Iskandar di sini pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang, ia diketuai oleh Pegawai Turus Pelesenan Kontinjen Johor.

Menurutnya ketika itu polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah treler dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, dan ia merupakan pemeriksaan rutin bagi setiap senjata, amunisi atau peralatan berkaitan senjata api, sebagaimana surat kelulusan lesen interim oleh Ketua Polis Negara.

“Kesemuanya diperiksa bagi tujuan kelepasan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk masuk ke Singapura selepas latihan kententeraan bersama Angkatan Tentera Malaysia selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam satu pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp berdurasi 12 saat serta beberapa keping gambar berkaitan pemeriksaan itu menjadi tular di laman sosial.

Kamarul Zaman menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa jua yang ditularkan di samping menyemak dahulu kesahihan sebarang maklumat yang diterima, dan menurutnya polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita tidak sahih. - Bernama

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

Semasa 1 hari yang lalu

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mampu Dilaksana Menerusi Kawalan Pengurusan Kewangan Kerajaan - PM

Semasa 6 jam yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Semasa 1 hari yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi