web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Mirip Zalina Ditemui Di Sentul, Polis Sahkan Bukan Personaliti Dicari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 12:40PM

Polis mengesahkan wanita yang ditemui di kawasan Jalan Haji Salleh, Sentul, semalam, bukan Zalina Azman.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang ditemui mirip pembaca berita TV3, Zalina Azman disahkan bukan personaliti yang sedang dicari polis itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan maklumat orang awam, seorang wanita dikatakan mirip Zalina ditemui di kawasan Jalan Haji Salleh, Sentul, petang semalam.

Susulan penemuan katanya, pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam membawa wanita terbabit ke Jabatan Pendaftaran Negara (UTC Shah Alam).

“Hasil semakan identiti melalui cap jari mendapati wanita tersebut bukanlah orang hilang yang dicari malah pengecaman oleh ahli keluarga juga didapati negatif.

“Wanita tersebut dibawa ke JPN disebabkan dia tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditemui,” katanya hari ini.

Beliau berkata, polis mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk mencari personaliti berkenaan.

“Sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Sabturia di talian 016-3375269,” katanya. 

Minggu lalu, Mohd Iqbal dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan wanita terbabit pada 29 November tahun lepas.

Zalina dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 November tahun lalu, bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi. - Getaran, 23 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad