web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak Gesa Kerajaan Pusat Mudahkan Rundingan MA63

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 6:44AM

Abdul Taib Mahmud (tengah) pada acara simbolik sempena sambutan Hari Sarawak 2022 di Stadium Tertutup Sibu, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa Kerajaan Persekutuan memudah cara rundingan selanjutnya mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk kebaikan negara ini secara keseluruhan.

Berucap pada perasmian sambutan Hari Sarawak ke-59, yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di sini malam ini, beliau berkata baru-baru ini Parlimen sudah meluluskan pindaaan untuk mengiktiraf keutamaan MA63 kepada hubungan perlembagaan antara pihak-pihak yang membentuk Malaysia dan status pihak-pihak berkenaan yang setaraf.

Beliau berkata cadangan supaya MA63 diubah tidak sepatutnya dibuat sama sekali, apatah lagi beberapa hak dan keistimewaan Sarawak sedia ada sama ada sudah terhakis atau belum ditunaikan selepas 59 tahun.

“Perkara yang perlu dilakukan Kerajaan Persekutuan ialah menunaikan sepenuhnya perjanjian bapa pengasas negara ini dalam semangat Keluarga Malaysia dan tidak menangguhkannya,” katanya.

Menurut Abang Johari, MA63 adalah perjanjian suci yang tidak boleh diubah atau dihaluskan dalam sebarang cara atau bentuk.

“Apa yang pemimpin Sarawak telah memasukkan dahulu sebagai peruntukan dalam perjanjian sebagai sebahagian dari Malaysia ialah apa yang difikirkan perlu untuk melindungi hak dan kepentingan negeri dan rakyatnya pada zaman mereka selain dari masa hadapan.

''Sebagai contoh, hak kami sebagaimana termaktub dalam Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958) yang nyata wujud sebelum 1963, tidak pernah dimansuhkan dan akan terus dikuatkuasakan dan memberikan kuasa kepada kami ke atas sumber petroleum kami di darat,” kata Abang Johari. 

Beliau berkata oleh kerana Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan kerajaan negeri sekarang, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk melindungi dan memulihkan hak Sarawak yang terhakis supaya MA63 dihormati dan dilaksanakan sebagaimana dipersetujui pemimpin sebelum ini.

Abang Johari berkata Kerajaan GPS sudah merumuskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang tidak berasaskan keseluruhannya daripada input kerajaan sahaja tetapi juga melibatkan sektor swasta dan korporat menerusi penyertaan mereka dalam Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC).

Menurut beliau, era Pasca COVID-19 menyaksikan dunia bergerak ke arah ekonomi yang dipacu peralihan kepada sumber tenaga baharu sejajar dengan komitmen sejagat ke arah kelestarian untuk membina ekonomi hijau dan menangani isu perubahan iklim global. 

“Sejajar dengan komitmen universal ini, PCDS 2030 dirumus  untuk meliputi ekonomi berasaskan tenaga hijau, terutamanya hidrogen.  Sarawak sudah awal lagi memulakan penerokaan potensi gas hidrogen sebagai sumber tenaga bebas emisi dengan menyasarkan pembinaan ekonomi berasaskan hidrogen,” kata Abang Johari.

Dengan sumber yang banyak seperti air dan kuasa hidro, beliau berkata Sarawak mempunyai potensi besar menjadi hab ekonomi hidrogen di rantau ini dan pelabur-pelabur dari negara seperti Korea Selatan dan Jepun sudah mengesahkan pelaburan mereka di Bintulu untuk menghasilkan hidrogen dan ammonia. 

Mengenai sambutan Hari Sarawak, beliau berkata ia adalah satu titik penyatuan kepada rakyat Sarawak untuk memburu impian menjadikan Sarawak sebuah negeri maju menjelang 2030.

“Saya maklum mengenai kontroversi berkenaan penterjemahan dan maksud Hari Sarawak. Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah semangat seluruh warga Sarawak untuk memakmurkan Sarawak menurut tema sambutan “Sarawak Makmur” dalam sebarang kapasiti dan peranan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama,” katanya. 

Turut hadir pada sambutan itu ialah isteri Taib, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, isteri premier, Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan beberapa Menteri Kabinet Sarawak dan Persekutuan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad