web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ras Adiba Tumpu Usaha Cari Zalina Azman Di Bangsar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 8:51PM

Ras Adiba Radzi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi akan menumpukan usaha pencarian rakan baiknya dan bekas pembaca berita TV3, Zalina Shaharah Azman, yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu, di kawasan sekitar Bangsar, di sini.

Beliau berkata ini kerana kawasan berkenaan mempunyai nilai sentimental kepada mereka berdua dan sebagai sahabat, usaha pencarian akan dilakukannya tanpa mengira berapa lama tempoh yang perlu diambil.

"Saya tak tahu bagaimana keadaan sahabat saya (Zalina), tetapi pada saya, kita (akan) cari dia di tempat-tempat yang dia (pernah) biasa dahulu, mungkin ia dapat membantu untuk mencari dia dan dia mencari kita. 

"Saya bukannya seorang yang pakar untuk mencari orang tetapi saya cuba pergi ke tempat-tempat yang dia biasa, manalah tahu ada rezeki dapat bertembung," katanya kepada pemberita selepas melancarkan album lagu-lagu puisi dan buku kumpulan puisi sebatang pohon tuan terbitan Kelab Pemuisi Nasional (Pemuisi), hari ini.

Ras Adiba, yang juga Presiden Persatuan OKU Sentral, berkata kali terakhir beliau bertemu dengan rakannya yang lebih dikenali sebagai Zalina Azman itu adalah pada awal tahun lepas.

"Seperkara mengenai Zalina, dia adalah seorang yang periang...namun saya ada merasakan sesuatu yang dia simpan itu berat sekali. Saya tidak bertanya tetapi saya tahu dia sedang melalui keadaan yang sukar di dalam hidup dia dan saya berdoa supaya dia masih bersama kita,” katanya. 

Beliau dalam masa sama memohon bantuan orang ramai untuk membantu mencari Zalina.

Isnin lepas, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina Shaharah, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

PM Ingatkan Supaya Tidak Letak Harapan Tinggi Dalam Pencarian MH370

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Utara Musnah Terbakar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Tahan 10 Warga Asing Termasuk Kanak-Kanak Mengemis Di Bangsar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek