web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Miliki Ketamin Bernilai Lebih RM80,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 7:19PM

Suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman 14 hari untuk siasatan lanjut. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 576.20 gram dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai RM86,430 di Jalan Tiong Hua di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata semasa ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kira-kira 10.30 malam, sebanyak lima paket plastik lutsinar berisi serbuk putih disyaki ketamin seberat kira-kira 6.20 gram dibawa suspek berusia 43 tahun itu. 

Suspek kemudian membawa pasukan polis ke sebuah rumah dan pemeriksaan lanjut menemukan 44 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan kristal disyaki ketamin dengan anggaran berat 570 gram.

“Suspek seterusnya ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman 14 hari untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di IPD Sibu hari ini.

Zulkipli berkata siasatan setakat ini mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek bergerak bersendirian atau melibatkan individu lain dan punca bekalan dadah tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad