web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Lancar Garis Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Menopaus 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 4:55PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Malaysia kini merupakan antara perintis dalam pengurusan garis panduan menopaus di Asia Tenggara dengan pelancaran Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Menopaus di Malaysia hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pelancaran itu menandakan pencapaian bersejarah dalam kejayaan penjagaan kesihatan Malaysia dan kementerian akan menyokong inisiatif tersebut dengan usaha meningkatkan kesedaran mengenai menopaus.

"Kesihatan seorang wanita semasa tempoh menopaus membawa pengaruh yang besar terhadap kesihatan dan produktiviti ekonomi negara kita," katanya dalam video prarakaman yang dipertontonkan kepada peserta semasa pelancaran CPG di sini hari ini.

Menurut Khairy, purata jangka hayat wanita Malaysia pada 2021 adalah 78.3 tahun berbanding 73.2 tahun bagi seorang lelaki Malaysia.

“Separuh daripada wanita akan menjalani kehidupan mereka melebihi usia 78 tahun. Justeru, diharapkan agar CPG ini menjadi langkah pertama dalam mendidik petugas kesihatan Malaysia supaya proaktif dalam menguruskan kesihatan menopaus,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa CPG dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Dr Premitha Damodaran berkata garis panduan itu meliputi pelbagai maklumat mengenai gejala menopaus, penilaian dan penyiasatan klinikal, pelbagai rawatan dan kesannya serta perspektif agama terhadap menopaus.

Beliau berkata CPG akan disediakan di pelbagai platform termasuk Kementerian Kesihatan, Akademi Perubatan Malaysia, Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia, dan Persatuan Menopaus Malaysia.

“Buat permulaan, CPG akan disediakan untuk pekerja kesihatan sebelum ia diedarkan kepada orang awam dalam bahasa yang lebih mudah serta borang risalah maklumat pesakit dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil,” kata Premitha kepada pemberita selepas pelancaran itu.

CPG yang merupakan inisiatif kerjasama oleh Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia; Persatuan Menopaus Malaysia dan Kolej Obstetrik dan Ginekologi di bawah Akademi Perubatan Malaysia juga akan boleh diakses melalui Android dan iOS di bawah Bahagian Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia atau MyMAHTAS. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

oleh Wartawan Getaran

Politik 58 minit yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad