web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ras Adiba Akan Minta Kerjasama Syarikat E-Hailing Cari Zalina Azman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 3:17PM

Senator Datuk Ras Adiba Radzi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi akan mendapatkan kerjasama daripada syarikat e-hailing bagi membantu usaha pencarian rakan baiknya Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman. 

“Saya bersama suami dan beberapa sahabat ada berusaha dengan cara tersendiri bagi mencari Zal (Zalina Shaharah) tetapi selepas ini saya akan bersama syarikat e-hailing untuk mereka menguar-uarkan mengenai kehilangannya,” katanya kepada Bernama dan TV3. 

Beliau ditemui ketika melakukan lawatan ke rumah bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen itu di Seksyen 3 di sini bersama Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim. 

“Saya datang hari ini nak periksa sekiranya Zal ada pulang, tetapi ternyata rumah ini sama seperti yang mereka jumpa tahun lepas dan akan terus berdoa agar beliau masih selamat di luar sana,” katanya. 

Ras Adiba berkata beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pagi tadi bagi memberikan sedikit informasi kepada pihak polis berkenaan wanita berusia 58 tahun itu dan berharap sahabat yang lain dapat juga memberi kerjasama agar dapat memberi jawapan mengenai kehilangan bekas rakan sekerjanya itu.

“Ramai yang cakap sudah terlalu lama (hilang) tapi bukan mudah untuk dapatkan jawapannya kalau ada orang hilang secepat mungkin tapi dengan sokongan semua, insya-Allah kita akan dapat sedikit maklumat di mana Zalina Azman berada dan bagaimana keadaannya. 

“Sejak saya kenal dia dari awal 90-an beliau tidak ada sakit apa-apa. Memang sentiasa gembira tapi kita boleh lihat daripada gambar-gambar yang dikongsi nampak badannya telah susut.

“Jadi ramai yang tanya sakit apa, adakah dia dalam kegusaran tapi saya kata tidak tahu sebab saya pun dah lama tak bertemu beliau seperti sahabat-sahabat yang lain jadi mereka yang prihatin di luar sana bantulah sama-sama mencari Zalina Azman,” katanya. 

Isnin lepas, Mohd Iqbal dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina Shaharah, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pempengaruh Boss Mario Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

'Kalau Jumpa Lebih Awal, Mesti Jasad Bella Masih Sempurna' - Kakak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam