web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ibu Dakwa Anak Terjebak Sindiket Penipuan, Dipukul, Dikurung Di Laos

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 11:46AM

Beh Eng Lai mengesahkan menerima laporan mengenai penderaan berkenaan Rabu lalu dan telah membuka kertas siasatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terpedaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan pulangan lumayan, namun akhirnya ‘terjebak’ sebagai pegawai khidmat pelanggan sindiket penipuan dalam talian.

Itu nasib yang menimpa sembilan lelaki rakyat Malaysia yang kini dipercayai berada di Laos dan mendakwa turut dikurung dan dipukul oleh ‘majikan’ mereka.

Ibu seorang daripada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wendy mendakwa anaknya yang berusia 23 tahun itu sebelum ini mendapat pekerjaan di Dubai pada Februari lepas.

Menurut wanita berusia 43 tahun itu, dia tidak mengetahui pekerjaan anaknya namun sering mendapat panggilan video dan telefon daripada anaknya ketika berada di Dubai.

“Pada April tahun ini, anak ada telefon dan beritahu dia bersama lapan rakannya berada di Laos dan masih boleh dihubungi.

“Saya terkejut apabila pada Jun lepas, dia beritahu mahu lari daripada syarikatnya bekerja kerana tidak diberikan makanan dan minuman akibat tidak mahu menjadi telefon scammer (pegawai khidmat pelanggan sindiket penipuan),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Wendy berkata dia turut menerima gambar yang memaparkan kecederaan yang dialami anak dan rakan anaknya serta hanya menunggu anaknya itu untuk menghubunginya.

Dia yang bimbang dengan keadaan itu sudah membuat laporan polis dan berharap anak tunggalnya dapat dibantu dan dibawa pulang ke tanah air segera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut pada Rabu lepas dan satu kertas siasatan telah dibuka.

Sebelum ini, seramai 16 rakyat Malaysia dipaksa bekerja sebagai 'scammer' oleh satu sindiket di Preah Sihanouk di Kemboja setelah terpedaya dengan iklan pekerjaan dan diselamatkan pada 5 April lepas.

 Pada 12 April, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pihaknya menerima 35 laporan melibatkan 45 warga Malaysia yang dipercayai terkandas di luar negara seperti Myanmar, Thailand dan Laos disyaki menjadi mangsa sindiket penipuan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad