web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengasas Bersama Crackhouse Hadapi 3 Pertuduhan, Mengaku Tak Bersalah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 10:52AM

Mohamad Rizal Johan Van Geyzel - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel yang didakwa mencetuskan unsur perkauman menerusi hantaran di media sosial, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Rizal, 39, mengekalkan pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Tertuduh didakwa memuat naik tiga video berasingan di media sosial dengan niat menyebabkan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat.

Pertuduhan itu membabitkan hantaran bertarikh 4 Julai di Facebook, hantaran di Instagram pada 6 Julai dan video di aplikasi TikTok pada 5 Julai.

Ramkarpal Singh - Gambar oleh Syeda Imran
Ramkarpal Singh - Gambar oleh Syeda Imran

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penyalahgunaan rangkaian komunikasi yang membawa kepada hukuman maksimum penjara selama setahun atau denda sehingga RM50,000.

Hanisah menetapkan ikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.

Selain mengarahkan Rizal menyerahkan pasport antarabangsa, beliau turut melarang tertuduh membuat sebarang hantaran di media sosial berhubung kes berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Nor Haslinda Noor Che Seman dan Nurul ‘Ain Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Ramkarpal Singh.

Hakim menetapkan 19 Ogos depan untuk sebutan kes.  - The Vibes, 22 Julai 2022











 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini