web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bella Trauma, Mengigau Waktu Malam Semasa Ditempatkan Di Taman Sinar Harapan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 9:12PM

Siti Bainun Ahd Razali - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella dilihat trauma dan sering mengigau pada waktu malam semasa ditempatkan semula di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban.

Jururawat masyarakat di rumah kebajikan itu Wan Zuriena Wan Ismail, 40, berkata semasa beliau membuat rondaan pada malam 4 Julai 2021, dia tiba-tiba terdengar budak mengigau.

“Sebelum ini Bella rapat dengan staf yang menjaganya tetapi apabila kes ini (bermula) dia cuma rapat dengan orang tertentu dan Bella mengambil masa agak lama untuk pulih,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali.

Saksi pendakwaan ke-14 itu berkata beliau mengenali Bella sejak 2011 semasa remaja itu berada di rumah kebajikan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau berkata Bella yang pernah tinggal di rumah kebajikan itu merupakan seorang yang manja, ceria serta mudah mesra dengan penghuni di situ, sebelum diserahkan kepada Siti Bainun.

Saksi itu kemudiannya berkata beliau teringat Bella memanggil namanya ‘Misi Wan’ dan memeluknya selepas remaja itu ditempatkan semula di rumah kebajikan itu.

“Saya memang tidak boleh menahan emosi apabila melihat kedua-dua tangan Bella berbalut dan dia berambut pendek serta ada parut di muka,” katanya sambil mengesat air mata.

Ditanya Nor Azizah bila kali terakhir Wan Zuriena melihat Bella, saksi itu yang tidak dapat menahan tangisan menjawab beliau melihat Bella pada Julai 2020 sebelum remaja itu dibawa ke mahkamah.

Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi kemudian menangguhkan prosiding seketika untuk saksi itu menenangkan dirinya.

Wan Zuriena yang menyambung keterangannya kemudian berkata keadaan Bella sekarang semakin ceria, kerap tersenyum serta berat badannya makin bertambah antara 55 hingga 56 kilogram.

Menceritakan kembali bagaimana keadaan Bella ketika luka di bahagian kedua-dua belah tangannya dicuci, Wan Zuriena berkata remaja itu akan menarik tangannya dan beliau terpaksa menggunakan psikologi untuk mengalihkan perhatian Bella.

“Kita kena guna teknik psikologi terbalik (reverse psychology) dengan pujuk dia dan kata ‘kalau Bella hendak pergi sekolah kena cuci luka, sapu ubat dan balut (luka) kalau tidak kuman akan masuk luka itu akan makin besar’.

“Hari-hari kita cakap benda sama, hari-hari ketika cuci luka kita doa benda sama iaitu Ya Allah, Bella hendak sembuh, sihat dan pergi sekolah semula dan Bella maafkan semua,” katanya.

Ketika ditanya peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun, adakah Siti Bainun pernah mengadu kepada pegawai atasan mengenai Bella menjadi mangsa amang seksual, Wan Zuriena menjawab “Saya tidak tahu”.

Semalam, Penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, menafikan di mahkamah bahawa Bella menjadi mangsa amang seksual sebelum hak penjagaan sementara diberikan kepada Siti Bainun.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung 29 Ogos ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad