web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesihatan Merosot, Bekas MB Selangor Dimasukkan Ke Hospital

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 9:01PM

Disember lalu foto Abdul Khalid dalam keadaan kurus tular di media sosial. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesihatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini kembali merosot dan dilaporkan sedang menerima rawatan perubatan.

Keadaan tersebut dikongsikan oleh Setiausaha Politiknya, Faekah Husin di laman sosial Facebook hari ini selepas menziarahi Khalid semalam.

“Semalam sempat ziarah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Masuk sahaja ke bilik, nampak Puan Sri Salbiah (isteri Khalid) sedang duduk setia di sisi sambil memerhati beberapa nurse (jururawat) yang sedang menyediakan alatan untuk memberi rawatan kepada Tan Sri.

“Dengan tidak semena-mena dadaku terasa berat, sebak dan pilu, apatah lagi kedengaran sayup bacaan Al Quran yang dipasang di bilik tersebut.

“Bertambah sedih kerana tiada peluang dan kesempatan untukku berbual bertanya khabar pada Tan Sri kerana nurse sudah mahu memulakan rawatan,” katanya dalam hantaran tersebut.

 

Assalamualaikum wbt teman2 sekalian. Ku paparkan di sini sedikit luahan serta doa agar teman sekalian dapat turut merasa...

Posted by Faekah Binti Husin on Wednesday, July 20, 2022

Faekah turut mendoakan Khalid kembali pulih daripada penyakit sambil meminta rakan dan pengikutnya di Facebook mengaminkan doa tersebut.

“Ya Allah, jika ada kebaikan yang ku lakukan dan dengan keizinanMu, ku hadiahkan kebaikannya kepada insan mulia ini. Insan yang kami semua rindui keceriaannya dan setiap butir buah fikirannya.

“Ya Allah, permudahkan segala urusan rawatannya. Kembalikannya kepada kami untuk kami sama-sama beribadah, bersujud dan beristighfar kepadaMu. Berilah yang terbaik untuknya di dunia dan di akhirat. Aamiin ya rabbal aa la miin,” luahnya.

Sebelum ini, Abdul Khalid pernah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru dan pada Disember lalu foto beliau dalam keadaan kurus tular di media sosial.

Abdul Khalid menjadi Menteri Besar Selangor selama enam tahun bermula 13 Mac 2008 sehingga 22 September 2014 sebelum dipecat keahliannya daripada PKR, dan digantikan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Getaran, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Khalid Ibrahim Sanggup Ketepi Politik Sempit Demi Rakyat Lembah Klang - Najib

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Abdul Khalid, Dari Hero ‘Guthrie Dawn Raid’ Ke Menteri Besar Disayangi Rakyat

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad