web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lambang Palsu Keahlian Persatuan Bekas Polis, Bukit Aman Mulakan Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 2:14PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman memulakan siasatan terhadap satu hantaran media sosial yang mempromosikan lambang keahlian Persatuan Bekas Polis, dengan menawarkan pelbagai keistimewaan jika digunakan pada kenderaan.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya mengesan iklan penjualan tersebut di media sosial,  yang turut menawarkan lambang ahli kehormat persatuan.

Berdasarkan iklan katanya, ahli yang menggunakan lambang berkenaan akan diberikan keistimewaan seperti perkhidmatan pengiring polis dengan bayaran RM300 untuk 10 kilometer.

“Selain itu, pemilik kenderaan juga boleh memasang cermin gelap dan diberi jaminan, tiada tindakan akan dikenakan pihak berkuasa sekiranya ditahan memandu dalam keadaan mabuk.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tawaran iklan tersebut adalah palsu dan sedang menjalankan siasatan ke atas individu yang bertanggungjawab menyebarkan iklan tersebut,” katanya hari ini.

Tegas Noorsiah, tiada keistimewaan yang wujud atau ditawarkan kepada mana-mana pihak seperti didakwa dalam iklan berkenaan.

“Orang ramai yang menerima iklan berkenaan, diminta untuk tidak terpengaruh atau berhubung dengan penama dinyatakan.

“Masyarakat juga dinasihatkan untuk merujuk saluran media rasmi PDRM bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan,” katanya. - Getaran, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Poster Tular Kenaikan Tangga Gaji PDRM Palsu - JPM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Zambry Nafi BN Calon Mohamad Sebagai TPM, ‘Banyak Sangat Berita Palsu’

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Dakwaan MCMC Sekat Akses Portal Berita Antarabangsa Tidak Benar

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad