web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Rampas Ganja Bernilai RM750,000 Di Bukit Mertajam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 12:16PM

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad (tiga, kanan) bersama pegawainya menunjukkan dadah jenis ganja seberat 300 kilogram bernilai RM750,000 yang dirampas dalam serbuan di Taman Impian, Bukit Mertajam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 300 kilogram (kg) ganja bernilai RM750,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand dan menahan dua suspek dalam serbuan di Taman Impian, di sini pada 16 Julai lepas.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perlis menerima maklumat berhubung kegiatan itu dan sindiket terbabit dipercayai menyeludup masuk ganja melalui jalan laut di dalam kawasan Thailand seterusnya menggunakan pengangkut melalui jalan darat dengan van di Padang Besar, Perlis.

“Pasukan JSJN Perlis bertindak mengekorinya sehingga menuju ke Pulau Pinang, kemudian JSJN Perlis dengan kerjasama JSJN Bukit Aman dan Pulau Pinang membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Impian pada 9 malam.

“Pemeriksaan ke atas rumah itu menemukan 300 kg ganja bernilai RM750,000 yang disembunyikan di dalam kediaman tersebut, polis turut menahan seorang lelaki berumur 41 tahun dan wanita warga Indonesia berumur 37 tahun yang berada di rumah itu ketika serbuan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di sini hari ini.

Surina berkata berdasarkan siasatan awal, rumah itu dijadikan tempat transit ganja yang diseludup dari Thailand sebelum kesemua dadah tersebut dihantar kepada rangkaian sindiket di Lembah Klang untuk pasaran di sana.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan sindiket pengedaran dadah itu yang dipercayai mempunyai rangkaian di negara jiran iaitu Thailand.

"Polis percaya dua suspek yang ditahan itu merupakan ahli sindiket yang berperanan untuk menjaga ganja di rumah disewa sindiket pengedaran dadah tersebut.

"Semakan kami mendapati pasangan itu tiada surat nikah dan wanita tersebut  juga tiada sebarang dokumen perjalanan diri, kedua-dua mereka yang tiada rekod jenayah dan negatif ujian air kencing direman hingga 23 Julai ini," katanya dan menambah siasatan dijalankan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Surina berkata dalam serbuan itu, polis turut menyita sebuah motosikal bernilai RM2,800 dan kesemua ganja dirampas tersebut boleh digunakan oleh 600,000 penagih dadah.

"Sejak Januari hingga Jun lepas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis merampas sebanyak 364 kg ganja yang cuba diseludup masuk melalui sempadan negeri Perlis melibatkan 16 tangkapan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Rampas Ganja Hampir Setengah Juta Dalam Kubur Cina

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Lebih 16kg Ganja

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Ganja Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 9 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad