web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selesaikan Segera Pembekuan Pekerja, Jalankan Kerjasama Malaysia-Indonesia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 7:45PM

Lim Guan Eng menggesa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bekerjasama dengan Joko Widodo (Jokowi) untuk menyelesaikan pembekuan pekerja Indonesia ke Malaysia - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa bekerjasama dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) untuk menyelesaikan pembekuan pekerja Indonesia ke Malaysia.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, langkah itu penting terutama apabila Malaysia berada pada kedudukan paling rendah dalam Laporan Pemerdagangan Manusia AS 2022.

Mantan Menteri Kewangan itu berkata, Ismail seharusnya meyakinkan Indonesia mengenai langkah konkrit yang diambil untuk melindungi hak buruh migran di negara ini.

"Di sebalik jaminan daripada pegawai kerajaan Malaysia bahawa masalah buruh telah diselesaikan, tiada pengesahan daripada Kedutaan Indonesia, bila kemasukan pekerja Indonesia ke Malaysia dapat disambung semula.

"Laporan Pemerdagangan Manusia Malaysia 2022 terbaru oleh Amerika Syarikat tidak memberikan keyakinan bahawa Malaysia sedang mengambil langkah konkrit bagi menyelesaikan kebimbangan Indonesia untuk melindungi pekerja asing mereka, ditambah dengan Duta Besar Indonesia yang mengecam Malaysia sebagai memalukan. Terdapat defisit kepercayaan teruk yang hanya boleh diatasi melalui campur tangan terus Perdana Menteri," katanya hari ini.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, baru-baru ini berkata, Indonesia menghentikan sementara semua proses berkaitan pengambilan pekerja dari negaranya di semua sektor berkuat kuasa serta merta.

Katanya, ia susulan wujud salah faham dalam penggunaan sistem yang sudah dimeterai untuk digunakan sebelum ini dan pihaknya sudah menghantar maklum balas itu kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mendakwa, Malaysia sedang menghadapi kemusnahan kekayaan yang disebabkan oleh kecuaian dan ketidakcekapan kerajaan sekarang serta obsesi terhadap survival politik.

Katanya, walaupun tumpuan diberikan kepada sama ada Jabatan Pendaftar Pertubuhan akan meluluskan pindaan perlembagaan parti UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti selepas pilihan raya umum akan datang, rakyat dan perniagaan terus mengalami kemelesetan ekonomi.

Tambahnya, kemelesetan tersebut disebabkan oleh kenaikan harga dan inflasi, kekurangan pekerja, kejatuhan nilai ringgit dan prospek kemelesetan ekonomi menjelang akhir tahun.

"Menolak cadangan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti bermakna pilihan raya umum akan diadakan tahun depan bagi membolehkan pemilihan parti diadakan sebelum akhir tahun ini.

"Ini nampaknya merupakan penyelesaian paling praktikal bagi memberi tumpuan kepada krisis ekonomi yang sedang dihadapi negara," katanya. - Getaran, 20 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kenapa Tiada Wakil MTUC Ke ILC?’ - Solomon

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 18 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran