web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuntutan Kumpulan Sulu: Mahukah Kita Tunjuk Strategi Kepada Dunia? - Azhar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 2:43PM

Azhar Azizan Harun - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbincangan berhubung tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah di Dewan Rakyat boleh menjejaskan kepentingan Malaysia dalam prosiding litigasi kes berkenaan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata perbincangan itu berkemungkinan akan mendedahkan strategi negara dalam hal berkaitan, sekali gus memberi manfaat kepada pihak lain.

“Mahukah kita berbincang (di Dewan Rakyat) dan sedang perbincangan itu berjalan, tidak tahulah apa yang akan dikatakan, maka terserlah strategi kerajaan untuk berbuat itu dan ini, dan (mengakibatkan) akan ada kritikan terhadap tindakan kerajaan yang akan dibuat itu atau pun yang telah dibuat. Maka pihak yang satu lagi boleh membacanya.

“Apakah itu tidak akan merosakkan kepentingan kerajaan di dalam prosiding litigasi tersebut? Mahukah kita tunjuk strategi kita kepada dunia?,” katanya semasa memberi penjelasan terhadap pertanyaan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) pada sesi soal jawab Dewan Rakyat hari ini, yang mempersoal keputusan Azhar menolak usul supaya tuntutan kumpulan Sulu itu dibahas di Parlimen atas alasan subjudis pada Isnin.

Menurut Azhar, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36 (2), tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekiranya pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu.

Azhar berkata menjadi tanggungjawabnya untuk tidak membenarkan perkara itu berlaku.

“Peraturan pertama litigasi adalah unsur kejutan, peraturan pertama perang pun serupa. Ini kita sedang mempertahankan kedaulatan kita, ahli-ahli Yang Berhormat merungut kita tidak mempertahankan kedaulatan. Kita sedang mempertahankan dan kita nak dedahkan strategi kita kepada orang lain? Mahukah kita berbuat begitu?,” katanya.

Terdahulu, menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Ahli Dewan Rakyat diberikan penjelasan terperinci daripada Kementerian Luar mengenai isu itu, Azhar berkata perkara berkenaan pada pandangannya adalah subjudis.

“Isu yang ditangani di mahkamah di Sepanyol dan Paris antara lain berbangkit daripada pemberhentian bayaran yuran (pampasan). Yang Berhormat Ketua Pembangkang mengatakan bahawa pemberhentian bayaran tersebut telah menyebabkan kita kalah.

“Adalah terang isu tersebut ialah isu teras dalam litigasi di Sepanyol dan Paris serta prosiding arbitrasi tersebut, jadi ia tertakluk kepada pertikaian dan pembentangan hujah dalam proses-proses litigasi tersebut, maka ia subjudis pada pendapat saya,” katanya.

Pada 12 Julai lepas, Mahkamah Rayuan Paris telah membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award bertarikh 28 Feb 2022 yang dikeluarkan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa berikutan tuntutan kumpulan Sulu melalui satu prosiding timbangtara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Sebelum ini, dilaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh kumpulan Sulu, yang dikatakan menuntut US$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Langkah itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh kumpulan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah, yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 minit yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad