web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siti Nuramira Tidak Dituduh Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 9:26AM

Siti Nuramira Abdullah dibebaskan dari tahanan sekitar 10 malam tadi. - Gambar ihsan pasukan peguam Siti Nuramira Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wanita menghina Islam dalam satu persembahan di Kelab Komedi Crackhouse beberapa minggu lalu tidak akan dituduh di mahkamah syariah hari ini.

Pasukan peguam bela Siti Nuramira Abdullah, 26 memberitahu, wanita terbabit dibebaskan dari tahanan sekitar jam 10 malam tadi, selepas ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Kami difahamkan oleh pegawai JAWI kira-kira 10 malam tadi bahawa Siti Nuramira akan dibebaskan serta merta dengan jaminan JAWI,” kata peguamnya, R. Sivaraj hari ini.

“Difahamkan JAWI tidak akan meneruskan pertuduhan di mahkamah syariah hari ini,” kata Hannann Syoffeeya Zainal Shahrir sambil menambah, beliau diberitahu bahawa JAWI akan menghubungi anak guammnya ‘apabila mereka sudah bersedia’. 

Menurut Hannan, Siti Nuramira ditahan pada jam 11.45 pagi semalam untuk siasatan.

Katanya, wanita terbabit kini berada di rumah bersama pasangannya, Alexander Navin Vijayachandran yang turut dibebaskan semalam.

Sivaraj sebelum ini memberitahu The Vibes bahawa penahanan semula Siti Nuramira dibuat oleh JAWI di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Di bawah seksyen itu, Siti Nuramira mungkin dituduh menghina agama Islam.

Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau berdepan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pasangan terbabit berjaya mengutip wang mencukupi untuk membayar ikat jamin berjumlah RM40,000 selepas satu tabung kutipan dilancarkan oleh kumpulan hak asasi perundangan Lawyers for Liberty.

Menurut Sivaraj, mereka dihubungi pelbagai pihak untuk menderma bagi membantu pasangan berkenaan yang pada ketika itu berjaya mengumpulkan kira-kira RM3,000.

Minggu lalu, Siti Nuramira, 26 mengaku tidak bersalah atas dakwaan menimbulkan suasana tidak harmoni dari aspek keagamaan ketika mengadakan satu persembahan komediri, dan dilepaskan melalui ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin oleh Hakim Siti Amirah Ghazali yang menetapkan 18 Ogos sebagai tarikh sebutan kes. - The Vibes, 20 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad