web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Subsidi Bersasar: Kaji Balik Klasifikasi B40, M40, T20 - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 6:34PM

Rafizi berkata keputusan penetapan kriteria kelayakan penerimaan subsidi perlu dibahaskan serta dikupas supaya diterima rakyat secara keseluruhan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan disaran menerangkan sama ada pendekatan kayu ukur mengikut klasifikasi pendapatan isi rumah iaitu B40, M40 dan T20 akan diguna pakai dalam menentukan kumpulan penerima sasaran, apabila subsidi bersasar dilaksanakan kelak.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, keputusan penetapan kriteria kelayakan penerimaan subsidi termasuk petrol, bantuan tunai dan makanan adalah keputusan nasional yang perlu dibahaskan serta dikupas supaya diterima rakyat secara keseluruhan.

Beliau berpandangan, pendekatan menggunakan had pendapatan B40, M40 dan T20 perlu dimansuhkan, dan beralih kepada mekanisme berasaskan pendapatan boleh belanja (disposable income) dengan mengambil kira pendapatan, kos perbelanjaan dan jumlah tanggungan setiap isi rumah.

“Ia (kayu ukur B40, M40 dan T20) berasaskan kepada pendapatan semata-mata dan tidak mengambil kira faktor perbelanjaan sara hidup dalam menentukan kedudukan ekonomi sesebuah isi rumah. Faktor perbelanjaan sara hidup melibatkan jumlah isi rumah.

“Misalnya, sebuah isi rumah yang mempunyai dua penerima pendapatan iaitu suami dan isteri yang dikategorikan sebagai B40 memandangkan setiap orang berpendapatan RM2,000 dan mempunyai seorang anak, tinggal di kawasan separa bandar.

“Sudah tentu isi rumah ini mempunyai pendapatan boleh belanja yang lebih tinggi berbanding satu lagi isi rumah yang mempunyai seorang penerima pendapatan iaitu suami yang dikategorikan sebagai M40 dengan pendapatan RM4,860, mempunyai lima anak dan tinggal di bandar besar,” katanya hari ini.

Rafizi menambah, menerusi kayu ukur terbabit, had pendapatan yang ditentukan secara statistik semata-mata iaitu mengikut bilangan isi rumah 40 peratus terbawah, 40 peratus pertengahan dan 20 peratus teratas, tidak menterjemahkan situasi sebenar kesukaran ekonomi setiap keluarga.

Malah katanya, ia memanjangkan lagi ketidakadilan agihan pendapatan yang berlaku akibat kegagalan kerajaan memastikan agihan gaji yang adil kepada pekerja bawahan dan sistem kebajikan negara.

“Contohnya, hanya kerana had atas (upper cut-off point) B40 adalah RM4,850 sebulan, semua keluarga yang berpendapatan RM4,851 ke atas dikategorikan sebagai tidak layak untuk menerima subsidi sedangkan kepayahan yang dialami sama dengan keluarga berpendapatan RM4,850 sebulan.

“Begitu juga dengan ‘cut off point’ yang lain, iaitu had M40 pada RM10,959. Bagi keluarga yang berpendapatan RM11,000 sebulan, tiba-tiba mereka dikira sebagai orang kaya yang datang dengan konotasi, merekalah yang mengambil subsidi dari orang yang layak menerima sedangkan kedudukan ekonomi mereka sama dengan golongan berpendapatan RM10,959 sebulan,” katanya.

Sementara pendekatan subsidi bersasar secara konsepnya dilihat lebih masuk akal sekiranya diuruskan dengan baik, ujar Rafizi, ia juga mendatangkan risiko keciciran (exclusion risk) dan ketirisan (leakage risk).

Menurutnya, risiko keciciran merujuk kepada kebarangkalian ada kumpulan yang sepatutnya mendapat manfaat subsidi terkeluar dari kumpulan sasaran.

Beliau memaklumkan, ini sering berlaku setiap kali bantuan tunai diumumkan apabila ramai yang status sosial ekonominya rendah tidak mendapat bantuan, berbanding penerima yang datang dengan kereta besar.

Katanya, risiko ketirisan sedang menjadi perbincangan hangat kebelakangan ini terutama berhubung minyak masak bersubsidi yang diselewengkan kepada golongan tertentu, sehingga rakyat biasa sukar mencari bekalan minyak masak bersubsidi.

“Sebab itu selama ini saya sering mengingatkan kerajaan supaya mengatasi masalah berkaitan risiko keciciran dan ketirisan sebelum melaksanakan subsidi bersasar.

“Ini kerana sekarang pun, sudah ramai golongan yang sepatutnya menerima bantuan putih mata akibat kelemahan-kelemahan pentadbiran.

“Namun, kecenderungan kerajaan jelas condong ke arah melaksanakan subsidi bersasar secepat mungkin.

“Oleh itu, adalah sangat penting untuk rakyat memainkan peranan bersama-sama memberi pandangan untuk menentukan kayu ukur kelayakan untuk menerima subsidi ditetapkan dengan seadil mungkin,” katanya. - Getaran, 19 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad