web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekonomi Semakin Pulih, Tetapi Tidak Cukup Untuk Pinjam Lebih: Zafrul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 1:53PM

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun ekonomi Malaysia semakin pulih, kadar pertumbuhan semasanya bagaimanapun tidak mencukupi untuk membolehkan pinjaman lanjut bagi menyalurkan lebih banyak dana kepada orang ramai, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, walaupun paras hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kekal pada 63 peratus iaitu jauh lebih rendah berbanding negara maju lain, ini tidak bermakna negara mampu membayar dan mengekalkan hutang selanjutnya.

Beliau menegaskan, berdasarkan nisbah khidmat hutang Malaysia kepada KDNK melebihi 18 peratus tahun ini, kerajaan bersedia untuk membelanjakan kira-kira satu perlima daripada pendapatan keseluruhannya untuk faedah sahaja.

"Untuk setiap RM1 yang diperolehi, hampir 20 sen perlu digunakan untuk membayar balik faedah kita. Ini tidak termasuk keupayaan untuk membayar balik pinjaman pokok.

“Dalam hal ini, keupayaan kita untuk menambah lagi tahap hutang adalah terhad berbanding negara lain,” katanya hari ini, sambil menyatakan nisbah di negara seperti United Kingdom (6.6 peratus), Amerika Syarikat (5.2 peratus) dan Jepun (4 peratus) adalah jauh lebih rendah daripada Malaysia.

Tengku Zafrul memberitahu, tahap kutipan cukai Malaysia kepada KDNK sebanyak 11 peratus juga sangat kurang berbanding negara Asia Tenggara lain, dengan Filipina, Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan angka 18 peratus, 17 peratus dan 13 peratus.

Secara purata, tambahnya, nisbah cukai kepada KDNK negara maju adalah melebihi 33 peratus dan ini bermakna walaupun ekonomi negara bertambah baik, pertumbuhannya tidak menjana pendapatan tambahan yang mencukupi untuk meningkatkan hutang.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian), sama ada kerajaan perlu membuat pinjaman lanjut untuk membantu rakyat dan sama ada negara berada dalam bahaya bankrap seperti Sri Lanka.

Tengku Zafrul menambah, berdasarkan petunjuk ekonomi kedua-dua negara, sebarang peluang Malaysia mengalami nasib yang sama seperti Sri Lanka adalah 'amat tipis'.

Menjawab soalan berasingan oleh Wong Hon Wai (Bukit Bendera-PH) sama ada sekarang adalah masa yang sesuai untuk kerajaan memperkenalkan subsidi bersasar bagi produk bahan api di tengah-tengah keadaan kos sara hidup yang melambung tinggi, Tengku Zafrul memaklumkan, sebarang langkah untuk melaksanakan dasar sedemikian akan dilakukan secara berperingkat.

Beliau berkata, inisiatif seumpama itu juga dijalankan, apabila kerajaan hanya menaikkan harga siling ayam sebanyak 50 sen, daripada bertindak mengapungkannya.

“Kita tidak akan menaikkan harga petroleum terus kepada nilai pasaran, tanpa sebarang subsidi, dengan mengambil kira kesannya terhadap inflasi.”

Sementara itu, Tengku Zafrul memberitahu, walaupun kenaikan ketara harga minyak mentah dan minyak sawit dalam beberapa bulan kebelakangan ini dijangka menyaksikan kutipan cukai tambahan melebihi RM10 bilion, jumlah berkenaan tidak cukup untuk menampung jumlah perbelanjaan kerajaan untuk meneruskan pemberian subsidi sekitar RM80 bilion untuk rakyat. – The Vibes, 19 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad