web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DUN Kedah Lulus Had Umur Perkahwinan Perempuan Kepada 18 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 8:56PM

Speaker DUN Kedah Datuk Juhari Bulat berkata pindaan enakmen itu melibatkan umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun dinaikkan kepada 18 tahun - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 berkaitan had umur perkahwinan dan undang-undang poligami.

Speaker DUN Kedah Datuk Juhari Bulat berkata pindaan enakmen itu melibatkan umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun dinaikkan kepada 18 tahun serta hukuman poligami tanpa kebenaran mahkamah iaitu dipenjara setahun atau denda RM3,000 berbanding enam bulan penjara atau denda RM1,000 sebelum ini.

"Kalau nak kahwin juga ada masalah apa pun boleh mohon melalui mahkamah, jika mahkamah mendapati calon itu perlu sangat dibenarkan walaupun dia umur 16 tahun boleh berkahwin dengan kebenaran mahkamah, kalau tanpa kebenaran mahkamah kena denda," katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN itu di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Dalam pada itu, Juhari berkata beliau menolak usul tergempar berkaitan isu banjir dan fenomena kepala air di Baling dan Yan yang dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Datuk Dr Ismail Salleh daripada Amanah hari ini atas faktor tidak mengikut peraturan Dewan.

Beliau berkata notis berkaitan usul itu diberikan dalam tempoh yang terlalu singkat iaitu semalam sekali gus tidak mengikut peraturan tempoh 14 hari bagi usul biasa manakala usul tergempar dan penting memerlukan masa tujuh hari ataupun sehari dengan kebenaran Menteri Besar Kedah.

"Jadi tidak bolehlah kita nak buat usul persendirian itu memerlukan tempoh seperti yang saya sebutkan tadi tetapi kalau mahu bekerjasama dengan pejabat Menteri Besar bolehlah dikemukakan usul tergempar dalam tempoh 24 jam," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sekiranya pihak pembangkang beranggapan usul itu penting untuk dibincangkan di dalam Dewan dengan segera mereka boleh tampil bertemunya dengan memberikan alasan munasabah untuk Menteri Besar memberi sokongan berbuat demikian.

"Jelas usul yang nak dibawa ke Dewan sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari bekerja ataupun dibawa oleh Menteri Besar (bagi notis dalam tempoh) tujuh hari ataupun paling tidak sehari...mereka tidak hubungi saya...kalau dia ikhlas WhatsApp saya, tulis surat," katanya.

Muhammad Sanusi berkata peraturan Dewan itu penting untuk dipatuhi bagi memastikan sebarang usul yang dibahaskan nanti berlandaskan fakta tepat daripada laporan jabatan atapun agensi kerajaan berkaitan.

Beliau juga meminta pihak pembangkang agar tidak mempolitikkan isu banjir dan kejadian kepala air di Baling yang berlaku awal bulan ini.

"Laporan daripada Jabatan Perhutanan saya dah dapat, saya sudah ada kronologi dan tahu siapa yang menandatangani surat untuk luluskan projek ini (ladang Musang King di Gunung Inas), jangan paksa saya dedahkan semua itu, saya tak mahu 'blame game' dan saya hendak adil kepada semua...sekarang kita tidak mahu cari salah siapa, yang penting jalan penyelesaian," katanya.

Persidangan DUN ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad