Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kastam Rampas Bahagian Haiwan Liar RM80 Juta, Terbesar Dalam Sejarah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 6:38PM

Zazuli Johan (depan, tiga dari kanan) menunjukkan gading gajah yang dirampas oleh JKDM pada sidang media di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengagalkan cubaan menyeludup pelbagai bahagian badan haiwan liar termasuk gading gajah, tanduk badak sumbu, sisik tenggiling dan taring harimau bernilai kira-kira RM80 juta yang disorok di belakang timbunan kayu bergergaji dalam sebuah kontena, 10 Julai lepas.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan berkata kontena dengan muatan barangan itu dikesan di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, dan ia merupakan rampasan terbesar pernah dicatatkan JKDM yang membabitkan bahagian haiwan liar.

Katanya antara rampasan terbesar yang pernah dilakukan JKDM sebelum ini adalah pada 2014 yang melibatkan kulit tenggiling bernilai RM40 juta, dan pada 2012 yang melibatkan gading gajah bernilai RM2.4 juta.

“Kontena yang dipercayai berasal dari negara di Afrika itu sepatutnya berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor untuk dialihkan ke kapal lain, namun selepas kita mendapat maklumat berkenaan penyeludupan, kita bertindak menahan kontena itu di Pelabuhan Barat,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan fizikal ke atas kontena berkenaan membawa kepada penemuan gading gajah dianggarkan seberat 6,000 kilogram (kg);  tanduk badak sumbu 29 kg; sisik tenggiling 100 kg, tanduk haiwan 14kg dan tengkorak serta tulang haiwan 300kg, disorok di belakang timbunan kayu bergergaji.

Zazuli berkata pihaknya percaya Malaysia telah dijadikan sebagai negara transit sebelum barangan itu dibawa ke negara lain untuk dipasarkan. 

Katanya semua barang berkenaan adalah barang yang dilarang pengimportannya di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) kecuali dengan permit yang dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. 

Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan siasatan ke atas pengimport dan ejen perkapalan masih dijalankan. 

Zazuli berkata kes sedang disiasat di bawah Akta Kastam 1967 iaitu cubaan mengimport barang tak berkastam atau apa-apa barang larangan di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang dari 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Sorotan

1

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

2

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

3

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

4

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

5

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

6

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

7

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 minit yang lalu

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Semasa 1 hari yang lalu

Yang Di-Pertua Dewan Negara Terima Rawatan Lanjut Di HKL

oleh Fida Ruzki

Semasa 3 jam yang lalu

4 Stesen Monorel Ditutup Sementara - Rapid Rail

Semasa 14 jam yang lalu

Perlu Ada Garis Panduan Pastikan Pokok Berusia Selamat Kepada Orang Awam

oleh Wartawan Getaran