web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Merokok Di Premis Makanan: Tahu Salah, Tapi Masih Buat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 11:49AM

Aman (tiga dari kanan) melihat pegawai penguat kuasa kesihatan menjalankan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 di kedai makan sekitar bandar raya ini, malam tadi. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bukan tidak tahu tentang larangan merokok di premis makanan, tetapi majoriti perokok masih tidak mengendahkan peraturan yang dikuatkuasakan.

Senario itu mendorong Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor mengambil tindakan tegas dengan melaksanakan operasi bersepadu penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, semalam.

Operasi serentak di seluruh negeri itu menyaksikan 62 notis kompaun berjumlah RM15,500 dikeluarkan atas kesalahan merokok di premis makanan, mengikut Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, kesedaran tentang larangan merokok di premis makanan masih kurang memuaskan, namun apabila perokok tidak membantah ketika dikompaun, ia menunjukkan mereka tahu akan kesalahan yang dilakukan.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu

“Kesedaran tentang larangan ini masih tidak memuaskan hati. Jika tengok di premis makanan ini, masih lagi ada yang merokok dengan adanya kotak rokok di atas meja (dan) puntung rokok bersepah di bawah meja. Kita rasa kesedaran itu masih kurang.

“Kita akan cuba beri kesedaran kepada mereka dan kita harap ahli keluarga atau sahabat yang tidak merokok boleh sama-sama bantu beri kesedaran kepada perokok ini supaya jangan merokok di tempat makan,” katanya kepada Getaran ketika ditemui pada Operasi Bersepadu Penguatkuasaan PPKHT 2004 di kedai makan sekitar bandar raya ini, malam tadi.

Operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu dijalankan secara serentak di seluruh negeri bermula kira-kira jam 8.30 malam hingga 3 pagi tadi.

Dalam operasi terbabit, 125 premis diperiksa dan 149 notis kesalahan dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan yang membabitkan kompaun keseluruhan bernilai RM49,250.

Menurut Dr Aman, daripada jumlah berkenaan, 62 notis yang dikeluarkan adalah terhadap kesalahan merokok di premis makanan dengan kompaun bernilai RM15,500.

Turut dikeluarkan ialah 28 notis atas kesalahan menjual atau menawarkan untuk jualan apa-apa rokok di bawah harga minimum, melibatkan kompaun berjumlah RM14,000.

“Kita juga mengeluarkan tujuh notis atas kesalahan menjual atau menawarkan untuk jualan apa-apa hasil tembakau di bawah harga jualan runcit yang tidak diluluskan oleh Pengarah mengikut Peraturan 8A(5A), dengan jumlah kompaun boleh dikenakan sebanyak RM3,500.

“Selain itu, rokok pelbagai jenama yang bernilai RM88,512 turut dirampas kerana terlibat dalam perlanggaran pelbagai kesalahan mengikut PPKHT 2004,” jelasnya.

Dr Aman menarik perhatian, JKN Johor akan terus memastikan pematuhan PPKHT 2004 dengan menjalankan penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

Katanya, sejak awal tahun ini sehingga 13 Julai lalu, sebanyak 2,515 notis kesalahan berjumlah RM628,750 dikeluarkan.

Aman menunjukkan puntung rokok yang dibuang di kedai-kedai makan. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
Aman menunjukkan puntung rokok yang dibuang di kedai-kedai makan. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Daripada jumlah itu jelas beliau, 1,983 notis membabitkan kesalahan merokok di kawasan larangan merokok, 155 notis kesalahan di bawah Peraturan 13(1) dikeluarkan kepada Orang Belum Dewasa (OBD) yang merokok, 137 notis kesalahan kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok di premis dan 71 notis kesalahan di bawah Peraturan 8C(1) kerana menjual rokok di bawah harga minimum.

Katanya, tindakan mahkamah boleh diambil terhadap orang kena notis yang tidak memilih untuk membayar kompaun dan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai terutamanya yang bukan perokok diseru untuk turut mengambil tanggungjawab bersama dengan menegur perokok bagi melindungi hak masing-masing serta tidak menjadi perokok pasif.

“Kita harap dapat mencapai matlamat menjadikan Malaysia atau khususnya rakyat negeri ini dan generasi baharu yang bebas merokok atau negeri tanpa perokok pada 2040.” katanya. - Getaran, 18 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 8 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

2

Politik 8 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

3

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

4

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 7 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad