web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hina Allah Dan Rasulullah Di Media Sosial, Lelaki Dibelasah Sebelum Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 4:26PM

Tindakan biadab seorang lelaki menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW di media sosial mengundang padah - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Tindakan biadab seorang lelaki menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW di media sosial mengundang padah apabila dia bukan saja ditahan polis hari ini, tetapi turut dibelasah beberapa individu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner (ACP) A A Anbalagan berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Batu 9, Bukit Kuchai dekat Puchong. 

"Suspek ditahan 12.30 tengah hari tadi susulan laporan polis yang dibuat di Cyberjaya.

"Siasatan akan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998," katanya hari ini.

Video berdurasi 36 saat yang memaparkan suspek mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Allah dan Nabi Muhammad tular di media sosial sebelum ini.

Menerusi rakaman video itu, lelaki terbabit turut mencabar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersuara dalam isu penghinaan Islam di Kelab Komedi Crackhouse untuk berjumpa dengannya.

Selepas video berkenaan tular, beberapa rakaman baharu pula tersebar, yang memaparkan suspek dibelasah sehingga beberapa individu kerana berang dengan perbuatannya, sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian muka.

Susulan kejadian, lelaki terbabit dilihat mengeluarkan video permohonan maaf di media sosial.

"Saya minta maaf apa yang berlaku. Dah teruk kena ni. Aku tak salahkan mereka semua, aku faham. Tak sepatutnya aku buat macam itu.

"Aku harap kat luar tu (masyarakat) jangan ada yang buat macam ini lagi (hina Islam)," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada polis akan menahan individu yang memukul suspek, Anbalagan berkata, polis juga akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan di luar batas undang-undang dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. - Getaran, 17 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam