web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Sindir MB Selangor Tak Tahu Beza ‘Naik Taraf’, Roboh Stadium

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 1:56PM

Datuk Seri Najib Tun Razak Najib mengkritik Datuk Seri Amirudin Shari kerana tidak mengaku Pakatan Harapan (PH) gagal menjaga Stadium Alam Shah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan tindakannya menaik taraf Stadium Bukit Jalil pada 2015 ketika beliau mengetuai kerajaan pada waktu itu.

Sambil menempelak Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung cadangannya untuk merobohkan Stadium Shah Alam, Najib menegaskan, peruntukan sebanyak RM1 bilion diluluskan bagi menaik taraf Stadium Bukit Jalil sebagai persediaan kejohanan Sukan SEA 2017.

Malah beliau turut menyindir Amirudin yang disifatkan tidak tahu membezakan perkataan ‘naik taraf’ dan ‘roboh’ dalam isu tersebut.

“Perbandingan Mir (Amirudin) ini lemah. Eh… ‘naik taraf’ dengan roboh dan bina semula stadium sebab keadaan buruk pun dia tak faham?

“Naik taraf stadium Bukit Jalil termasuk membina bumbung yang boleh dibuka (retractable),” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Najib berkata demikian bagi mengulas kenyataan Amirudin pada Jumaat lalu yang mengkritik Ahli Parlimen Pekan itu hanya memalukan diri sendiri kerana gagal menyelenggara Stadium Bukit Jalil sewaktu pemerintahannya.

“Pada 2016 hingga hujung 2017, Stadium Nasional Bukit Jalil telah diperbaharui (refurbished) dengan kos RM1 bilion dan ketika itu Najib merupakan Perdana Menteri.

“Hujah yang digunakan Najib jika dibandingkan dengan kita, dia seolah-olah menghina diri sendiri kerana meluluskan peruntukan RM1 bilion untuk stadium yang dibina pada 1998 itu,” katanya.

Jelas Najib lagi, peruntukan sebanyak RM1 bilion membabitkan kos untuk menaik taraf dan memperbesarkan Kompleks Sukan Bukit Jalil, bukan hanya Stadium Bukit Jalil sahaja.

“Kos itu termasuk untuk naik taraf Stadium Putra, Stadium Nasional, pusat akuatik, stadium hoki, asrama atlet selain turut membina beberapa kemudahan baharu di sekitar Bukit Jalil.

“Stadium dengan Kompleks Sukan (pun) dia tak reti beza,” sindirnya.

Pada masa sama, Najib turut mengkritik Amirudin kerana tidak mengaku Pakatan Harapan (PH) gagal menjaga Stadium Alam Shah sehingga ia perlu dirobohkan sepenuhnya dan dibina semula dengan kos RM787 juta.

“Naik taraf sebab nak tambah baik dengan terpaksa roboh dan bina semula sebab gagal menjaga stadium selama 14 tahun sehingga keadaan menjadi terlalu buruk dan tidak dapat diselamatkan.

“Itu pun dia juga tak reti beza. Lagi mahu sembang?” soalnya.

Sebelum ini, Najib turut mempersoalkan kerajaan PH Selangor yang didakwa gagal menyelenggara Stadium Shah Alam sejak mentadbir 14 tahun di negeri itu sehingga ia kelihatan daif dan mahu dirobohkan. - Getaran, 17 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad