web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MH17: Malaysia Gesa Negara, Pihak Terlibat Beri Kerjasama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 12:51PM

Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine, mengorbankan 298 penumpang termasuk kru pesawat - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia menggesa semua negara serta pihak yang terlibat untuk memberi kerjasama sepenuhnya mengikut Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) 2166 (2014) berkaitan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini sempena memperingati ulang tahun kelapan tragedi MH17, kementerian itu memaklumkan gesaan dibuat bagi memastikan pihak bertanggungjawab terhadap tragedi itu dibawa ke muka pengadilan menerusi prosiding jenayah yang bebas, terbuka dan telus dalam pendakwaan kebangsaan di Belanda ketika ini.

“Proses kehakiman yang menyeluruh mesti dilakukan untuk mendapatkan kebertanggungjawaban penjenayah dan menuntut keadilan bagi mangsa serta waris yang terlibat dalam tragedi MH17.

“Mencari kebenaran terhadap nahas yang berlaku akan terus menjadi keutamaan kami (Malaysia),” menurut kenyataan itu.  

Pesawat Boeing 777 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 apabila ia ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine, mengorbankan 298 penumpang termasuk kru pesawat itu. 

Walaupun tidak dapat mengembalikan mangsa nahas terbabit ke dunia ini atau mengurangkan kesedihan serta keperitan yang dirasai ahli keluarga, MOT memberitahu Malaysia tetap komited mencari kebenaran serta menuntut keadilan terhadap insiden itu.

“Kami (Malaysia) mengulangi rasa simpati dan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan insan tersayang mangsa nahas penerbangan MH17. Kami akan pastikan insiden tragis seperti ini tidak berulang lagi,” menurut kenyataan itu.

Sebagai tanda solidariti bersama waris tragedi itu, MOT menyatakan pemergian kesemua mangsa akan terus diingati. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sedekad Berlalu Tragedi MH17, Keadilan Akan Terus Dituntut

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Kabotaj: 72 Jam Untuk Proses Kelulusan Tak Masuk Akal - Jeyenderan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selebriti Di Festival Cannes Pamer Solidariti Bersama Palestin Menerusi Fesyen

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad