web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Sindiket Skim Pekerjaan Diseksa, Gerakan Bantuan Sedang Diatur

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 12:08PM

Mangsa penipuan pekerjaan mendakwa hanya dibenarkan pulang ke tanah air selepas keluarga membayar wang tebusan sehingga RM100,000 - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Diikat, digantung dan dibelasah. Itulah nasib menimpa mangsa penipuan pekerjaan tidak wujud di Kemboja yang dipercayai turut membabitkan warganegara Malaysia.

Berdasarkan rakaman video dikongsikan kepada The Vibes dan dimuatnaik MCA Jelutong, Pulau Pinang, mangsa dipercayai terjebak dengan penipuan terbabit selepas terpengaruh dengan bayaran lumayan.

Mangsa yang mendakwa ditipu sindiket hanya dibenarkan pulang ke tanah air selepas keluarga membayar wang tebusan sehingga RM100,000.

Seorang pegawai penyiasat yang enggan namanya disiarkan berkata, majoriti mangsa adalah golongan ‘tercicir’ daripada sekolah dan terpengaruh dengan tawaran lumayan oleh sindiket.

Katanya, video yang tular tersebut disahkan membabitkan warga China dan Taiwan.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Pulau Pinang, Francis Goh, memberitahu The Vibes, pihaknya sedang membantu tiga mangsa berusia antara 18 hingga 25 tahun untuk pulang ke tanah air selepas terpedaya dengan sindiket berkenaan.

Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Pulau Pinang, Francis Goh - Gambar Facebook MCA Jelutong Social Community
Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Pulau Pinang, Francis Goh - Gambar Facebook MCA Jelutong Social Community

Difahamkan, unit Cawangan Khas polis juga sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa negara tersebut untuk membawa pulang mangsa.

Antara isu dihadapi oleh pihak berkuasa Kemboja dan Myanmar adalah mereka tidak dapat mengenalpasti kedudukan mangsa, atas alasan lokasi persembunyian sindiket terletak di tanah persendirian.

Sindiket yang mengoperasikan ‘call center’ tersebut dipercayai mendapat perlindungan daripada sindiket pengedaran dadah Segi Tiga Emas yang ‘berkuasa’ di sempadan Kemboja, Myanmar dan China.

Lokasi itu juga dipercayai menjadi ‘call center’ sindiket Macau Scam dan semua ‘pekerja’ ditempatkan di bawah pemerhatian ketat.

Setakat ini, Kedutaan Malaysia di Phnom Penh melaporkan, seramai 46 rakyat Malaysia berjaya melepaskan diri daripada sindiket.

Duta Malaysia ke Kemboja, Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, masih terdapat 60 kes yang sedang menunggu tindakan lanjut.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Kemboja untuk membawa pulang semua mangsa,” katanya.

Setakat ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah menerima sebanyak 156 laporan membabitkan 189 rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara, selepas terjebak dengan sindiket penipuan pekerjaan itu. - The Vibes, 16 Julai 2022


 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Lucut Hak Mengundi Ahli, Exco MCA Langgar Prinsip Demokrasi, Amalkan Nepotisme - SCA

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

3

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad