web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM Rekod 19 Kematian Dalam Tahanan Sejak Januari Lalu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 7:06PM

19 kes kematian dalam tahanan polis dengan sembilan daripadanya membabitkan kes di lokap, direkodkan bagi tempoh Januari hingga hari ini. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 kes kematian dalam tahanan polis dengan sembilan daripadanya membabitkan kes di lokap, direkodkan bagi tempoh Januari hingga hari ini.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kesemua kes itu disiasat Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sejak penubuhannya pada 1 Januari lalu.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan satu mesyuarat bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) bagi membincangkan perkembangan siasatan kes kematian dalam tahanan polis.

“Bagi tempoh Januari hingga 15 Julai 2022 (hari ini), sebanyak 19 kes kematian dalam tahanan polis direkod membabitkan sembilan kes dalam lokap, lapan kes di hospital dan dua kes dalam perjalanan ke hospital,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, daripada 19 kes disiasat, satu kes dituduh di mahkamah pada 21 Januari lalu membabitkan empat suspek, manakala satu kes dirujuk kepada Koroner dan 17 kes masih dalam siasatan.

Kesemua suspek, katanya, dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, bagi pecahan kaum, sebanyak 14 kes kematian itu membabitkan lelaki Melayu, masing-masing satu lelaki Cina dan India, selain tiga kes warganegara asing, iaitu dua lelaki Myanmar serta lelaki Indonesia.

Pada masa sama, beliau berkata, lawatan bersama SUHAKAM dan SIAP ke lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor juga diadakan bagi memberi gambaran jelas berhubung cara pengorperasian lokap berpusat PDRM.

Tegasnya, lawatan itu turut disertai sebuah pertubuhan bukan kerajaan, iaitu Centre For Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA).

“Kolaborasi PDRM bersama agensi lain adalah sebahagian usaha kita ke arah menangani isu kematian dalam tahanan/jagaan polis, selain menunjukkan keterbukaan serta ketelusan pihak berkuasa ini dalam pengurusan tahanan,” katanya. – Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam