web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


37 Individu Direman Bantu Siasatan Tuntutan Palsu, Seleweng Dana Insentif PenjanaKerjaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 7:08AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman 37 individu semalam bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman 37 individu semalam bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Program Penjana Kerjaya (PenjanaKerjaya) melibatkan nilai keseluruhan kira-kira RM100 juta.

Menurut sumber, perintah reman ke atas 26 lelaki dan 11 wanita berusia 28 hingga 70 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya, Selangor, Johor, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Di Putrajaya, 11 individu direman empat hari hingga 17 Julai (Ahad) manakala di Selangor, permohonan reman tiga hari dibenarkan terhadap lima individu hingga Sabtu ini.

“Di Johor, reman selama tujuh hari dibenarkan terhadap seorang individu dan enam hari terhadap dua individu hingga 19 dan 20 Julai. Perintah reman selama tujuh hari hingga 20 Julai ini dibenarkan terhadap seorang individu di Kedah dan masing-masing dua individu di Pahang dan Perak,” kata sumber itu malam ini.

Beliau berkata perintah reman enam hari dibenarkan terhadap dua individu di Pulau Pinang hingga 19 Julai.

“Sementara itu, perintah reman selama lima hari dikeluarkan terhadap dua individu masing-masing di Melaka dan Perlis, tiga individu di Kuala Lumpur dan empat individu di Negeri Sembilan hingga 18 Julai ini,” katanya.

Menurut sumber, kesemua individu yang terdiri daripada pemilik, pengarah, pengurus dan pemilik saham syarikat serta jurutera dan kakitangan eksekutif itu ditahan dalam Ops Hire yang dilancarkan di seluruh negara semalam dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Setakat ini, operasi yang dijalankan tersebut melibatkan 66 buah syarikat dengan nilai akaun dibekukan melebihi RM7 juta daripada 36 akaun,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang mengesahkan penahanan tersebut berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata beberapa tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 25 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar