web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Lelaki Maut Dipercayai Ditembak Rakan, Suspek Didakwa Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 9:15PM

Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan kes seorang lelaki maut dipercayai tertembak rakan sendiri semasa berada di kawasan Hutan Batu 18, Hulu Langat, Selangor sudah dirujuk ke pihak Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, arahan pertuduhan terhadap suspek dibuat di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Tambah beliau, pemegang lesen senjata api akan dituduh dibawah Seksyen 41 Akta Senjata 1960 kerana bersubahat membenarkan senjatanya digunakan tanpa lesen.

“Dua tangkapan lain, iaitu abang si mati dan rakannya akan diikat dengan bon sebagai saksi pendakwaan.

“Suspek yang masih dalam reman akan dituduh di Mahkamah Kajang esok, manakala pemegang lesen senjata api dituduh dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan.

Getaran sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut dipercayai ditembak rakan sendiri semasa berada di kawasan Hutan Batu 18.

Siasatan awal mendapati mangsa bersama tiga rakan dikatakan masuk ke lokasi itu untuk ke kawasan kebun durian. - Getaran, 14 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad