web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Proses Pengambilan Pekerja Bangladesh Ke Malaysia Bermula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 3:59PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia sudah menyelesaikan proses pengesahan (attestation) berhubung pengambilan pekerja warga negara itu yang membabitkan 15 syarikat dengan lebih 2,000 tenaga buruh.

Menerusi kenyataan, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, susulan pengesahan itu, proses pengambilan pekerja warga Bangladesh sudah bermula dengan kerjasama pihak suruhanjaya berkenaan.

“Proses ini dijangka meningkat pada minggu-minggu akan datang.

“Ini menunjukkan bahawa isu teknikal dihadapi sebelum ini bagi proses pengambilan pekerja warga Bangladesh ke negara ini sudah dapat ditangani,” menurut kenyataan itu.

KSM memaklumkan, majikan yang sudah membayar levi dan bercadang menggaji pekerja Bangladesh, boleh memanjangkan permohonan itu ke Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur.

Menurutnya, langkah itu bagi memohon pengesahan penggajian dan dokumentasi, seperti Kontrak Pekerjaan serta pesanan kerja (job order) bagi pekerja.

“Bagaimanapun, kemasukan pekerja Bangladesh ini tertakluk kepada saringan keselamatan dan kesihatan, termasuk pematuhan syarat Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya.

Pada 6 Jun lalu, Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), memohon Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing meluluskan segera kemasukan pekerja dari Bangladesh bagi memenuhi kelompongan industri tempatan ketika ini.

PAPSMA turut menggesa kemasukan tersebut perlu melalui dasar dan polisi kerajaan dengan peluang membawa masuk pekerja meliputi semua ahli Pertubuhan Ejen Rekrutmen Antarabangsa Bangladesh (BAIRA) serta bukan hanya membabitkan segelintir agensi.

Presidennya, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid berkata, kerajaan seharusnya tidak lagi menangguhkan proses kemasukan pekerja Bangladesh bagi tujuan berkenaan. - Getaran, 14 Julai 2022

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Politik 46 minit yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga