web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Rayuan Paris Benar Permohonan Malaysia Gantung Tuntutan Waris Sultan Jamalul Kiram II

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 9:26PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan Paris semalam membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award bagi tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris dan successors-in-interest kepada Sultan Jamalul Kiram II.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata asas keputusan Mahkamah Rayuan Paris ialah Final Award bertarikh 28 Februari 2022 yang dikeluarkan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa melalui prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol itu akan menjejaskan kekebalan kedaulatan Malaysia.

“Perintah Penggantungan itu adalah hasil daripada pelbagai tindakan perundangan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia bermula dari tuntutan tersebut difailkan bagi menamatkan segala tuntutan dan memastikan agar kepentingan, kekebalan kedaulatan serta kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara.

“Oleh itu, kesan daripada Perintah Penggantungan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan Paris pada 12 Julai 2022 tersebut, Final Award tidak boleh dikuatkuasakan di mana-mana negara sehingga keputusan muktamad oleh Mahkamah Paris berkenaan dengan permohonan pembatalan Final Award yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan kejayaan memperoleh Perintah Penggantungan itu, Kerajaan Malaysia sedang membuat persiapan rapi untuk pendengaran bagi pembatalan Final Award dan tarikhnya belum ditetapkan.

Wan Junaidi berkata Kerajaan Malaysia akan terus mengambil semua langkah sewajarnya termasuk tindakan perundangan untuk menamatkan segala tuntutan itu dan memastikan kepentingan, kekebalan kedaulatan serta kedaulatan negara sentiasa dilindungi dan terpelihara.

Beliau berkata Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa ia tidak pernah mengiktiraf tuntutan itu dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.

Semalam, akhbar Financial Times melaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris Kesultanan Sulu yang menuntut US$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Peguam pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset terbabit yang didaftarkan di Luxembourg iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih US$2 bilion (RM8.8 bilion).

Wan Junaidi berkata pada 11 Julai lepas, dua anak syarikat Petronas di Luxembourg telah dimaklumkan mengenai penguatkuasaan Final Award melalui penyerahan notis yang dikeluarkan oleh Mahkamah Luxembourg.

Beliau berkata Petronas, sebagai sebuah syarikat, akan mengambil tindakan perundangan untuk mempertahan kedudukannya di bawah undang-undang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

2 Anak Malaysia Galas Tugas Jurutera Bendalir F1 Mercedes-AMG PETRONAS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad