web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indonesia Kenakan Larangan Sementara Pekerja Masuki Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 9:21PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia bakal mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri berhubung keputusan pihak berkuasa Indonesia menghentikan sementara kemasukan pekerja mereka ke Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Sumber Manusia berkata, perbincangan akan diadakan ‘dalam masa terdekat’.

“Perbincangan tersebut bertujuan untuk segera menangani isu berkaitan kemasukan pekerja Indonesia ke negara ini,” katanya.

Terdahulu, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono dilaporkan sebagai berkata, kerajaannya telah mengenakan pembekuan sementara berkuat kuasa semalam ke atas semua pekerja Indonesia yang memasuki Malaysia.

Beliau dipetik Free Malaysia Today sebagai berkata, keputusan itu adalah berikutan tindakan Jabatan Imigresen Malaysia untuk terus menggunakan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (MOS) bagi pengambilan pekerja domestik Indonesia.

Hermano mendakwa, ini adalah ‘pelanggaran sepenuhnya’ memorandum persefahaman antara kedua-dua negara yang ditandatangani pada 1 April lalu berhubung penempatan dan perlindungan pekerja rumah Indonesia.

Di bawah perjanjian itu, pekerja berhak mendapat cuti mingguan dan tahunan, hak untuk berkomunikasi serta berupaya untuk membuat aduan melalui sistem dalam talian.

Perjanjian tersebut juga melarang majikan atau agensi menahan pasport, manakala setiap keluarga hanya dibenarkan menggaji sehingga enam pembantu rumah sahaja.

Menyedari bahawa Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyaksikan pemeteraian memorandum di Jakarta, Hermono menyifatkan keengganan Malaysia untuk mematuhi syarat perjanjian itu sebagai sesuatu yang ‘memalukan’.

“Anda akan fikir dengan kehadiran Perdana Menteri (Malaysia) dan Presiden (Indonesia), semua pihak akan menghormati memorandum itu, tetapi realitinya jauh dari itu.

“Presiden kami menyaksikan memorandum itu, tetapi sekarang, apa gunanya? Ini memalukan Presiden kita,” katanya.

Sambil menambah bahawa Indonesia telah memutuskan pembekuan semalam selepas sesi perundingan maya antara Kementerian Luar dan pegawai Kementerian Tenaga Manusia republik tersebut, beliau mendakwa, MOS memintas Sistem Satu Saluran yang dimeterai dalam memorandum itu.

Hermono menambah, ini membolehkan pekerja Indonesia memasuki Malaysia menggunakan visa pelancong sebelum memohon permit kerja, satu amalan yang ingin dihentikan oleh Jakarta susulan kemungkinan berlakunya pengambilan buruh paksa.

Sambil menegaskan bahawa dirinya ‘tidak teruja’ dengan perkembangan terkini itu, Hermano berkata, beliau merasakan seolah-olah tidak mempunyai pilihan selain mengambil langkah sedemikian demi melindungi kebajikan pekerja.

“Kami memerlukan jaminan daripada kerajaan Malaysia bahawa mereka akan berhenti menggunakan MOS. Jika Malaysia memberi jaminan sedemikian, kami akan menarik balik larangan itu,” ujarnya.

Walaupun Indonesia telah berhenti memproses permintaan baharu daripada rakyatnya yang ingin mencari rezeki di Malaysia, 15,000 hingga 20,000 permohonan diterima sebelum ini dengan 10,000 penyerahan daripada sektor perladangan dan pembuatan masih akan dilayan.

Hermono pada 1 Julai lalu berkata, Indonesia tidak lagi berminat untuk menghantar rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia kerana layanan buruk dan gaji tidak dibayar, sambil menambah bahawa negara itu bakal menghentikan pembekalan pekerja rumah ke Malaysia serta Asia Barat. - The Vibes, 13 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan