web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPNDHEP Perketat Tatacara Jualan Barang Kawalan, Subsidi Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 7:58PM

Alexander Nanta Linggi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menurunkan 38 iklan penjualan minyak masak paket dan botol yang dipaparkan di dua platform terkenal e-dagang.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tindakan itu dilakukan menerusi usaha gempur kegiatan dagangan barang kawalan dan bersubsidi bagi tempoh 1 hingga 12 Julai lalu.

Katanya, susulan itu, sebanyak 255 minyak masak paket satu kilogram (kg) dan 41 minyak botol (dalam kemasan 500 gram, 1kg, 2kg dan 3kg) disita dengan nilai rampasan berjumlah RM1,495.50.

“Penguatkuasaan bagi tempoh tersebut menyaksikan 18 premis yang mempunyai alamat penjual pada platform dalam talian berkenaan digempur, sebelum pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan bekalan minyak masak paket dan botol.

“Susulan itu, KPDNHEP sedang meneliti beberapa langkah untuk mengetatkan tatacara jualan dalam talian, khususnya membabitkan barangan kawalan serta bersubsidi bagi mengekang ketirisan dan penyelewengan subsidi yang sepatutnya dinikmati golongan memerlukan,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Menurut beliau, satu kes direkodkan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Bekalan (PKB) 1974 yang melarang orang ramai berurusan secara borong atau runcit melibatkan barang berjadual tanpa lesen dikeluarkan di bawah Peraturan 4.

“Bagi kes kedua pula, tindakan diambil mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (menyimpan apa-apa barang yang dikawal selain daripada premis yang dilesenkan).

“Kedua-kedua kes ini sedang dalam tindakan mengikut saluran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP,” katanya.

Terdahulu media melaporkan taktik peniaga menjual minyak masak paket secara atas talian untuk mendapatkan keuntungan berganda.

Malah terdapat peniaga secara dalam talian menjana pendapatan lumayan apabila memanipulasi harga minyak masak paket bersubsidi dengan menjualnya secara pakej bersama produk lain.

Difahamkan ada peniaga yang menjual minyak masak paket subsidi lima kilogram (kg) bersama dua paket mi segera dan satu paket minuman coklat dengan harga RM50.

Mengambil kira penjualan tersebut, peniaga telah mengaut keuntungan sekitar RM11.70, tidak termasuk caj perkhidmatan dan penghantaran. - Getaran, 13 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad