web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan Pada Rizal - Semboyan 1 Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 7:41PM

Pengerusi PPSM Yusuf Azmi (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap pemilik kelab Crackhouse Comedy. - Gambar oleh Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa didesak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel dan menutup kelab terbabit sepenuhnya.

Desakan tersebut disuarakan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia (PPSM), Yusuf Azmi bersama lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), susulan tularnya beberapa siri lawak komedi Rizal yang disifatkan menghina agama Islam dan orang Melayu.

Menurut beliau, Rizal selaku pemilik kelab terbabit juga harus bertanggungjawab terhadap kontroversi membabitkan seorang wanita yang berkelakuan tidak senonoh dan mempersendakan Islam ketika membuat persembahan di kelab terbabit baru-baru ini.

“Bukan semua benda boleh dijadikan bahan lawak terutamanya membabitkan agama dan bangsa.

“Tindakan tegas juga perlu diambil kepada Rizal kerana sudah banyak bahan lawak mempersendakan agama dan bangsa digunakan dalam persembahan.

“Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mogok di hadapan kelab berkenaan selagi tindakan penutupan premis tidak dibuat pihak berwajib,” katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, hari ini.

Terdahulu, peguam PPSM membuat laporan polis terhadap pemilik kelab Crackhouse Comedy agar tindakan tegas diambil polis dan pihak berkuasa terhadap pemilik dan kelab terbabit.

Turut hadir ialah Pengarah Filem ‘Mat Kilau’, Syamsul Yusof dan pelawak Shahrol Shiro.

Sementara itu Shahrol ketika ditemui berkata, komediri bukan cabang lawak baharu namun isu yang dibangkitkan dalam kandungan komedi itu tidak seharusnya melampaui batas.

Katanya, ia sudah pasti tidak sesuai dengan konteks kepelbagaian agama dan kaum di Malaysia kerana boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.

“Komediri ini sudah lama bertapak di Barat dan mereka bebas menjadikan apa saja isu termasuk agama dan bangsa sebagai ‘content’.

“Namun, keadaan itu tidak sesuai di Malaysia kerana kita hidup dalam kepelbagaian agama dan bangsa.

“Ia juga memberi imej yang tidak baik kepada industri komedi tempatan yang seharusnya dijadikan platform penyatuan,” katanya.

Sementara itu, Syamsul berkata, tindakan tegas wajar dikenakan kepada pemilik kelab yang tidak mampu mengawal pelawak yang membuat persembahan.

Katanya, ini sudah pasti mencetuskan suasana tegang pelbagai bangsa dan tidak seharusnya dibiarkan.

“Saya pada mulanya tidak setuju juga apabila pihak berkuasa menutup kelab terbabit namun sebaik mengetahui pemiliknya turut menjadikan isu agama dan bangsa sebagai bahan lawak ia agak melampau.

“Isu ini perlu disuarakan lebih vokal supaya tiada individu dan pihak lain yang mencetuskan suasana tegang selepas ini walaupun sekadar hiburan,” katanya. - Getaran, 13 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Representasi Kedua Rizal Van Geyzel Untuk Gugur Pertuduhan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Crackhouse: Wanita Mengaku Salah Atas Pertuduhan Alternatif

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pemilik Crackhouse Comedy Club Kemuka Representasi Kedua Gugur Tuduhan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 14 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar