web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pihak Kalah Pilihan Raya Perlu Terima Kekalahan - Dr M

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 1:52PM

Dr Mahathir menandatangan buku untuk seorang pelajar di Universiti Nasional Seoul. - Gambar dari Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak yang tewas dalam pilihan raya umum (PRU) perlu menerima kekalahan tersebut dan menunggu sehingga PRU seterusnya.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, kebiasaannya pihak yang kalah tidak dapat menerima kekalahan dan menuduh kumpulan yang menang sebagai penipu.  

“Disebabkan itu timbul cubaan untuk menafikan kemenangan dan protes, tunjuk perasaan, demonstrasi, cubaan ambil alih kerajaan dan sebagainya.  

“Ini menyebabkan negara tidak stabil dan banyak kesan buruk,” katanya menerusi hantaran di Facebook.  

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pelajar Universiti Nasional Seoul dan sekumpulan pelajar tajaan Malaysia di Korea Selatan sempena Persidangan Kepimpinan Asia di republik tersebut.  

Dr Mahathir berpendapat, kestabilan negara jauh lebih penting sesudah pilihan raya diadakan, daripada saling berebut tempat.

Beliau menjelaskan, demokrasi bukan suatu sistem sempurna contohnya dalam pilihan raya, sudah pasti ada yang menang dan kalah.  

Pada sesi tersebut, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi turut ditanya soal perbezaan nilai antara Barat dan Timur.  

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menjelaskan, pada satu masa dahulu, beliau dan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew bersetuju berkenaan nilai Asia (Asian values) sebagai aspek yang harus menjadi pegangan.

Katanya, kedua-dua negara tidak bermusuh dan berperang sesama jiran, berbanding Barat yang dilihat suka mencari penyelesaian dengan berperang.  

“Di Asia, kita pilih meja rundingan sebagai penyelesaian bagi apa jua krisis dan kemudian kita capai kata sepakat dari rundingan tersebut.

“Kita tidak pilih untuk berperang sesama sendiri hingga negara musnah,” katanya.  

Menjawab persoalan berkenaan subsidi, Dr Mahathir memberitahu, ada perkara tertentu yang boleh diberi kemudahan itu dan ada sebaliknya.

“Kerajaan boleh beri subsidi untuk kawal harga barangan yang naik berpunca dari pandemik, tetapi apabila subsidi diberi dengan sebab untuk jadi popular dan menang pilihan raya, itu adalah salah,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, beliau mendakwa, parti politik tertentu ketika itu menggunakan wang untuk merasuah pengundi tetapi memberi alasan kononnya ia adalah subsidi.  

“Jadi kita perlu bijak menilai sama ada itu adalah subsidi yang diperlukan atau pun rasuah.  

“Jika subsidi diguna bertujuan merasuah pengundi, ini adalah jenayah. Rakyat perlu bijak menilai antara subsidi dan rasuah,” katanya. - Getaran, 13 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15 Kemenangan Tertangguh, PRU-16 Milik Kita: Muhyiddin

2

Politik 3 tahun yang lalu

‘Bagus Untuk Tahu’ PEJUANG Berminat Menyertai PN - Peja

3

Politik 3 tahun yang lalu

Dr Mahathir Sah Sertai PUTRA Bersama 12 Mantan Ahli PEJUANG

4

Politik 3 tahun yang lalu

Anwar Tidak Mahu Polemik Permusuhan Dengan Tun Mahathir Berterusan

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad