web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15 Kemenangan Tertangguh, PRU-16 Milik Kita: Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 5:07PM

Muhyiddin Yassin menyifatkan PRU pada November lalu itu sebagai kemenangan tertunda bagi pakatan pembangkang dan melahirkan keyakinan bahawa pilihan raya selepas ini akan menjadi milik mereka - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kegagalan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), walaupun pada mulanya memperoleh sokongan majoriti, adalah ujian Tuhan terhadap ketabahan gabungan itu.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan PRU pada November lalu itu sebagai kemenangan tertunda bagi pakatan pembangkang dan melahirkan keyakinan bahawa pilihan raya selepas ini akan menjadi milik mereka.

“PRU-15 adalah kemenangan tertunda untuk Bersatu dan PN.  Kita berjaya mendapat sokongan 115 ahli Parlimen, tetapi Tuhan sudah takdirkan PN tidak akan menjadi kerajaan kali ini,” katanya dalam ucapan dasar pada perhimpunan agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), di sini, hari ini.

“Mungkin Allah menguji kesabaran kita, dan sesungguhnya Dia akan bersama orang-orang yang sabar.  Insya-Allah dan dengan sokongan yang semakin meningkat kepada PN, PRU-16 akan menjadi milik kita.”

Muhyiddin Yassin menjelaskan menjelaskan, tuduhan rasuah yang dibuat terhadapnya baru-baru ini akan membawa kepada kejatuhan kerajaan yang memerintah, dan enam pilihan raya negeri akan datang bakal memberi isyarat jelas bahawa rakyat bersama PN - Gambar oleh Azim Rahman
Muhyiddin Yassin menjelaskan menjelaskan, tuduhan rasuah yang dibuat terhadapnya baru-baru ini akan membawa kepada kejatuhan kerajaan yang memerintah, dan enam pilihan raya negeri akan datang bakal memberi isyarat jelas bahawa rakyat bersama PN - Gambar oleh Azim Rahman

Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci, beliau dipercayai merujuk kepada sokongan awal PN berikutan berakhirnya PRU-15, yang menyaksikan tiada satu pun gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Ini termasuk sokongan 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), walaupun gabungan pimpinan UMNO itu kemudiannya memberikan sokongan mereka terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhyiddin berkata, sebagai seorang Islam, beliau percaya kepada takdir dan menerima dengan hati terbuka bahawa PN perlu memainkan peranan pembangkang buat sementara waktu di Parlimen ketika ini. 

Presiden BERSATU itu bagaimanapun menjelaskan, tuduhan rasuah yang dibuat terhadapnya baru-baru ini akan membawa kepada kejatuhan kerajaan yang memerintah, dan enam pilihan raya negeri akan datang bakal memberi isyarat jelas bahawa rakyat bersama PN.

Bagaimanapun, Muhyiddin memberi amaran kepada orang ramai supaya bersedia dengan tindakan ‘kuku besi’ oleh kerajaan yang memerintah dalam usaha untuk kekal berkuasa.

Antara lain, beliau meramalkan persempadanan semula kawasan Parlimen tidak lama lagi yang akan memberi manfaat kepada parti pentadbiran Persekutuan, manakala kebebasan media serta hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun bakal disekat.

“Jangan terkejut jika pengguna TikTok ditangkap, manakala pengulas media sosial akan ditindas.

“Ini adalah satu-satunya cara mereka.  Apabila mereka menjadi pembangkang, mereka memfitnah. Dan sekarang apabila mereka mempunyai kuasa, mereka menindas.”

Muhyiddin juga menegaskan, UMNO kini hanyalah komponen minoriti dalam pakatan politik yang didominasi PH, manakala demokrasi juga hampir mati dalam parti apabila ia tidak membenarkan dua jawatan teratas dipertandingkan - Gambar Fail
Muhyiddin juga menegaskan, UMNO kini hanyalah komponen minoriti dalam pakatan politik yang didominasi PH, manakala demokrasi juga hampir mati dalam parti apabila ia tidak membenarkan dua jawatan teratas dipertandingkan - Gambar Fail

Dalam isu berasingan, Muhyiddin berkata, pengekalan UMNO di bawah kendalian presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan keputusan parti itu untuk bekerjasama dengan PH, telah secara berkesan telah ‘memateri kematian’ parti politik berasaskan Melayu itu.

“UMNO di bawah individu ini tidak lagi mengutamakan kuasa politik orang Melayu, tetapi ia telah menjadi alat untuk memastikan PH kekal berkuasa.

“Bagi kami dan majoriti orang Melayu, ini adalah pengakhiran hidup UMNO.  Ia adalah paku terakhir dalam keranda UMNO.”

Muhyiddin turut menyatakan bagaimana parti politik terbesar dan tertua di negara berkenaan telah tersasar daripada matlamat asalnya untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera – satu kewajipan yang katanya sedang dijalankan oleh BERSATU hari ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga menegaskan, UMNO kini hanyalah komponen minoriti dalam pakatan politik yang didominasi PH, manakala demokrasi juga hampir mati dalam parti apabila ia tidak membenarkan dua jawatan teratas dipertandingkan.

“Objektif parti telah beralih daripada menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera kepada individu tertentu sahaja.

“Individu ini juga dilindungi oleh pucuk pimpinan kerajaan PH.  Individu ini mesti terus memimpin UMNO kerana, melalui ini, PH boleh terus berkuasa.”

Muhyiddin mendakwa UMNO sanggup menggadaikan perjuangan parti sendiri semata-mata untuk melindungi individu tertentu.
Muhyiddin mendakwa UMNO sanggup menggadaikan perjuangan parti sendiri semata-mata untuk melindungi individu tertentu.

Muhyiddin turut melahirkan rasa kecewa dengan keputusan UMNO untuk bekerjasama dengan PH, walaupun parti itu kononnya mengetepikan kaum majoriti.

“Inilah sebabnya BERSATU memutuskan untuk meninggalkan PH, manakala PAS memutuskan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat. Perjuangan mereka (PH) berbeza dengan perjuangan kita. Malangnya UMNO sanggup menggadaikan perjuangan parti sendiri semata-mata untuk melindungi individu tertentu.

“Namun, saya percaya orang Melayu menyedari muslihat politik kotor ini berlaku di depan mata mereka.  Orang Melayu sekarang lebih celik politik, mereka tidak boleh diperbodohkan.”  - The Vibes, 12 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini