web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penduduk Terkejut, Bangkai 11 Lembu Dibuang Di Kampung Sungai Lekar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 7:26PM

11 ekor lembu ditemui mati dan sudah berulat dipercayai dibuang di sebuah kawasan terbiar di Kampung Sungai Lekar hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Bangkai 11 ekor lembu dalam keadaan berulat ditemukan di sebuah kawasan terbiar di Kampung Sungai Lekar di sini, dipercayai dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut seorang penduduk kampung itu Wan Zaidi Wan Jaafar, 48, bangkai lembu tersebut dijumpai penduduk yang ingin memancing di Sungai Lekar yang terletak kira-kira lima meter dari kawasan itu pada petang Sabtu lepas.

“Bangkai lembu ini mungkin dibuang pada hari yang sama kerana ada penduduk kampung terlihat dua buah lori memasuki simpang ke kawasan itu. Kedua-dua lori tersebut dilihat penuh dengan lembu yang telah mati,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Tinjauan Bernama ke kawasan yang terletak kira-kira 15 meter dari Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu itu mendapati, bangkai 11 ekor lembu tersebut berada dalam keadaan bergelimpangan, sudah kembung, berulat dan dihurungi lalat.

Wan Zaidi berkata bau busuk bangkai haiwan itu mendatangkan ketidakselesaan, kerana kawasan tersebut merupakan laluan utama penduduk ke Sungai Lekar ke kawasan berdekatan.

“Walaupun kawasan tersebut jauh dari kawasan penempatan, namun ia merupakan laluan digunakan penduduk untuk memancing dan ke kebun. Jadi kita risau kalau bangkai lembu ini menyebabkan pencemaran bau yang lebih teruk dan air sungai juga boleh tercemar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu Dr Anun Man ketika dihubungi berkata setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai penemuan bangkai lembu tersebut.

Namun katanya pihak veterinar negeri akan segera ke lokasi penemuan bangkai tersebut, bagi mendapatkan sampel mengenal pasti punca kematian lembu-lembu itu dan siasatan serta menjalankan kerja-kerja pelupusan.

“Kita tidak tahu apa punca lembu-lembu itu dibuang di situ. Ada kemungkinan lembu-lembu itu diseludup dari luar dan sekiranya haiwan tersebut dibawa dalam lori tertutup (lori bungkus) serta melalui perjalanan yang jauh, ia boleh menyebabkan lembu-lembu itu lemas dan boleh menyebabkan kematian.

“Sekiranya ia mati disebabkan wabak penyakit seperti penyakit kuku dan mulut (FMD) dan sebagainya, pemilik lembu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 31 Akta Binatang 1953, kerana gagal melaporkan penyakit haiwan ternakan mereka kepada pihak veterinar,” katanya.

Beliau berkata tindakan juga juga boleh diambil di bawah Seksyen 34, Akta Binatang 1953 kerana melupuskan haiwan ternakan berpenyakit tanpa kebenaran pihak berkuasa Veterinar.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu juga akan membuat siasatan sekiranya ada unsur-unsur melibatkan kezaliman haiwan di bawah Seksyen 29, Akta Kebajikan Haiwan 2015. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad