web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Reman Suspek Tipu Pakej Haji Disambung Sehari Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 3:55PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Reman terhadap lima suspek berkaitan kes penipuan pakej haji membabitkan 380 jemaah minggu lalu, disambung sehari lagi sehingga esok.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, mahkamah hari ini membenarkan permohonan sambung reman ke atas kesemua suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh polis.

“Tempoh reman tiga hari terhadap kelima-lima suspek akan tamat hari ini, namun mahkamah membenarkan reman mereka disambung sehari lagi sehingga esok.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan dan selepas itu, kita menunggu arahan selanjutnya,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Ketika ditanya mengenai laporan baharu berhubung kes terbabit, S Sasikala berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan terbaru berkaitan isu berkenaan.

Ia menjadikan jumlah laporan diterima Polis Selangor kekal sebanyak 28, membabitkan kerugian RM628,000.

Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, memaklumkan, kesemua lima suspek terdiri daripada pemilik agensi pelancongan, isterinya, seorang ejen dan dua pekerja direman selama tiga hari bermula kelmarin hingga hari ini untuk siasatan kes yang dilaporkan di negeri Selangor.

Kesemua suspek berusia antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam di sekitar ibu negara Sabtu lalu oleh Polis Wangsa Maju, susulan 23 laporan polis yang diterima di sekitar ibu negara berhubung kes sama. – Getaran, 12 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad