web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Hina Islam Sebenarnya Gadai Maruah Diri, Cemar Industri Komedi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 10:26AM

HELWA ABIM melihat tindakan wanita menghina Islam ketika membuat persembahan baru-baru ini adalah sangat tidak wajar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab baru-baru ini, terus menerima kecaman pelbagai pihak yang menganggap dia bukan sahaja menggadai maruah diri, malah mencemarkan industri seni komedi.

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM, Fatin Nur Majdina Nordin berkata, seharusnya industri komedi mengangkat nilai perpaduan, kesatuan dan kasih sayang untuk kebaikan masyarakat.

Katanya, tindakan dilakukan wanita itu dianggap biadab dan hanya akan mencemarkan industri seni berkenaan.

“HELWA ABIM membantah sikap berjenaka hingga menggadai maruah diri, malah memandang serius isu ini yang ditambah penggunaan unsur agama sebagai bahan komedi seperti tular baru-baru ini.

“Tindakan wanita tersebut adalah sangat tidak wajar dan dilihat sengaja mahu mencetuskan provokasi menjelang Aidiladha,” katanya.

Fatin Nur Majdina berkata, maruah bukan hanya perlu dihormati dan dilindungi, tetapi setiap individu bertanggungjawab menjaga serta memelihara nilai itu dan keperibadian diri.

Tegasnya, Islam mengangkat martabat manusia, malah meletakkan wanita dan lelaki pada tahap sama dalam pelbagai aspek, termasuklah perlindungan maruah serta keintelektualan.

Malah sebagai Muslim, katanya, pemeliharaan maruah sangat terkait dengan syariat dan batasan dibenarkan. 

“Selain itu, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, seharusnya kita bersifat sensitif serta berdiri atas nilai kesopanan dan kesusilaan.

“Kita juga harus saling menghormati, khususnya dalam mengelakkan perkara yang menyinggung asas kepercayaan dan pengamalan agama,” katanya.

Justeru, Fatin Nur Majdina berkata, HELWA ABIM menyeru semua pihak untuk lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu dan melihat akibat daripada perlakuan itu.

“Semua pihak juga digesa untuk lebih sensitif,menghormati dan saling bertanggungjawab menjaga serta memelihara maruah keinsanan.

“Individu yang dilihat jelas ingin mengejar pengaruh ini tidak berhak untuk terus diberikan liputan berterusan,” katanya.

Baru-baru ini, Getaran melaporkan mengenai penularan sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita berpakaian sopan dan bertudung, memperkenalkan diri kepada penonton ketika membuat persembahan acara ‘stand up comedy’ yang dipercayai berlangsung di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini.

Bagaimanapun, selepas memberitahu dirinya seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk dalam Al-Quran, wanita tersebut membuka baju, kain serta tudungnya.

Dengan berpakaian seksi, wanita tersebut kemudiannya mengeluarkan kata-kata tidak sopan sambil menyapa penonton yang kemudiannya bersorak melihat adegan tersebut.

Susulan video yang menerima kecaman pelbagai pihak itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan siasatan kerana tindakan wanita terbabit disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap Islam.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam isu penghinaan terhadap Islam. - Getaran, 12 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad