web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peningkatan Kes COVID-19, SOP Perlu Kembali Diperketat?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 2:00PM

Susulan peningkatan kes COVID-19, timbul persoalan sama ada kerajaan perlu kembali memperketat peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) di negara ini atau tidak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Susulan peningkatan kes COVID-19, timbul persoalan sama ada kerajaan perlu kembali memperketat peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) di negara ini atau tidak, setelah melonggarkannya susulan peralihan negara ke fasa endemik.

Situasi ini menghasilkan pendapat yang berbeza dalam kalangan pakar kesihatan, apabila ada yang berpendapat SOP sedia ada wajar diteruskan, dengan sedikit penambahbaikan.

Di sebalik itu, ada juga yang berpandangan, SOP sedia ada perlu diperketat, kerana tidak begitu ampuh dalam mendepani ancaman COVID-19.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, SOP sedia ada perlu dikekalkan namun elemen penguatkuasaan dan pemantauan di tempat orang ramai berkumpul perlu dipertingkat.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar - Gambar Fail
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar - Gambar Fail

Beliau berkata, peningkatan jangkitan COVID-19 sememangnya sudah dijangka, disebabkan oleh faktor jangkitan baharu, imuniti badan yang menurun dan kelonggaran SOP.

Selain itu, jelasnya, peningkatan itu disumbangkan oleh tabiat segelintir rakyat yang tidak memakai pelitup mulut di tempat awam, selain kegagalan pesakit untuk menjalani kuarantin sebaik sahaja disahkan positif.

"Pelitup mulut di tempat awam memang wajib. Tapi pematuhan dan pengawasan sudah sangat longgar," katanya sambil menambah, penggunaan Mysejahtera secara menyeluruh serta pengimbasan kod aplikasi tersebut bagaimanapun mungkin tidak diperlukan lagi.

Dr Zainal Ariffin memberitahu, dalam masa sama, usaha menggalakkan pengambilan vaksinasi lengkap termasuk dos penggalak kedua perlu diteruskan.

"Bagi mereka yang bergejala, golongan ini perlu meneruskan kuarantin kendiri," katanya lagi.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai berkata, amalan memakai pelitup muka di kawasan dalam bangunan terutama jika terdapat individu lain di kawasan sekitar perlu terus digalakkan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai  - Gambar Fail
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai - Gambar Fail

Dr Kar Chai turut senada dengan Dr Zainal Ariffin bahawa pengimbasan Mysejahtera untuk penjejakan kontak tidak lagi diperlukan, sambil menambah, virus tersebut sudah pun berada dalam komuniti.

"Pengimbasan suhu juga tidak diperlukan kerana tidak semua kes COVID-19 akan mempunyai suhu yang tinggi," katanya.

Namun begitu beliau menjelaskan, pemeriksaan status COVID-19 di pintu masuk perlu diteruskan dalam usaha mengelakkan kehadiran individu positif yang berpotensi menyebarkan jangkitan tersebut.

Pandangan berbeza diutarakan Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh yang berkata, SOP COVID-19 perlu diperketat semula dalam usaha mengekang penularan pandemik tersebut.

Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh - Gambar Fail
Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh - Gambar Fail

Menurut beliau, langkah memperketat SOP itu merangkumi cadangan penggunaan semula pelitup muka di kawasan luar bangunan dan mengelakkan perhimpunan atau mesyuarat melebihi 20 orang mengikut keluasan premis.

Tambah beliau, langkah itu juga meliputi ujian kendiri wajib pada semua perhimpunan besar dan kebenaran untuk bekerja serta pembelajaran dari rumah, khususnya di kawasan jangkitan yang tinggi.

"Penggunaan aplikasi MySejahtera juga elok dimulakan kembali untuk memudahkan kerja-kerja menjejak kes dan pengesanan awal.

"Beberapa negara sudah mula melaksana semua tindakan ini kembali apabila kes meningkat," katanya sambil memberitahu, langkah memperketat SOP tersebut penting terutama selepas perayaan Hari Raya Aidiladha.

Dalam masa sama, Dr Sharifa Ezat menambah, vaksin dos penggalak perlu terus disyorkan kepada semua golongan berisiko termasuk warga emas, individu rendah sistem imunisasi dan mereka yang obes.

"Ini juga termasuk anak-anak yang belum mendapat vaksin. Kerajaan juga perlu mempunyai inventori mereka yang terjejas akibat 'long COVID'," katanya.

Kementerian Kesihatan sebelum ini menjangkakan jumlah jangkitan baharu akan meningkat disebabkan Omicron BA.4 dan BA.5 terutamanya BA.5.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Omicron BA.5 adalah versi virus Covid-19 yang paling mudah merebak setakat ini. - Getaran, 12 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Banjir Di Sarawak: Jumlah Mangsa Terus Meningkat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di Perak, Selangor Catat Peningkatan Pagi Ini

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Penggunaan Dadah Semakin Meningkat - Laporan PBB

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad