web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid Baharu Sibu Akan Tonjolkan Seni Bina Tempatan - Abang Johari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 7:07AM

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memalu beduk bagi menandakan masuknya waktu solat Isyak ketika merasmikan Masjid Al-Qadim malam semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Kerajaan Sarawak merancang membina masjid-masjid baharu yang menerapkan unsur seni bina masyarakat setempat yang berbilang kaum di kawasan penempatan baru yang bakal dibangunkan di sini.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata selain menggambarkan masyarakat majmuk di Bahagian Sibu, ia juga bertujuan untuk berdakwah dan memberi kefahaman tentang ajaran Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Menurutnya konsep ini telahpun dilaksanakan oleh beliau dalam pembinaan sebuah masjid di kawasan Piasau di Miri, selain Pusat Penerangan Islam (IIC) di Kuching sewaktu Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri Sarawak, dengan kedua-dua premis itu menerapkan seni bina masyarakat Cina.

Berucap merasmikan Masjid Al-Qadim di sini malam ini, beliau berkata perancangan ini telah dibincangkan dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS) Dr Annuar Rapaee.

“Dengan adanya masjid-masjid baharu yang kita bina di Bahagian Sibu nanti, ia akan dapat mempamerkan budaya dan cara orang Islam dalam mentadbir dan mengurus negeri,” katanya.

Abang Johari berkata setakat ini dua masjid bersaiz besar dengan seni bina berlainan sedang dibina di Bandar Baru Sibu Jaya dan kawasan Perumahan Kemuyang di sini. 

“Ini adalah satu lagi seni bina yang agak moden bagi menampung keperluan masyarakat kita di Sibu ini yang semakin berkembang,” katanya.

Beliau turut menghargai usaha LAKIS pimpinan Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka dalam membaik pulih Masjid Al-Qadim yang dianggarkan berusia lebih 160 tahun dan yang tertua di Sarawak, dengan mengekalkan seni bina asalnya selain menambah baik bahagian dalaman.

Katanya, keunikan Masjid Al-Qadim itu mampu menarik pelawat terutamanya dalam kalangan mereka yang mencintai seni bina bangunan serta dapat memberi pengetahuan dan kesedaran tentang sejarah perkembangan dakwah Islam di Sibu serta kawasan sekitarnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad