Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangkaan Hayat Penduduk Malaysia Meningkat - DOSM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 8:36PM

Penduduk Malaysia diunjurkan kepada 41.5 juta orang menjelang 2040 dan pertambahan penduduk akan merangsang peningkatan pengeluaran makanan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bayi yang baru lahir pada 2021 dijangka hidup hingga 75.6 tahun atau 12 tahun lebih lama berbanding lima dekad lepas, iaitu hingga 63.6 tahun pada 1970, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata jangkaan hayat yang meningkat menunjukkan Malaysia akan berhadapan dengan penuaan penduduk pada 2030, dengan peratus penduduk berumur 60 tahun dan ke atas telah mencapai 15.3 peratus daripada jumlah penduduk.

“Justeru itu, persediaan kesihatan dan simpanan kewangan yang mencukupi perlu dibuat bagi mengelak kesukaran hidup selepas persaraan,” katanya dalam kenyataan bersempena Hari Penduduk Sedunia 2022 yang disambut setiap 11 Julai.

Bagaimanapun beliau berkata pertambahan penduduk di Malaysia meningkat dengan kadar lebih perlahan pada 2020 berbanding 3.6 peratus pada 1970, berikutan empat faktor yang mempengaruhi iaitu kadar kesuburan, jangka hayat, struktur umur (agihan di antara umur muda dan umur tua) serta migrasi.

“Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) bagi seorang wanita di Malaysia dalam tempoh reproduktif telah menurun kepada 1.7 bayi pada 2020 berbanding 4.9 bayi pada 1970. TFR ini merupakan yang terendah dalam tempoh lima dekad ini,” katanya.

Mohd Uzir berkata dari segi perubahan taburan struktur umur, bagi tempoh 1970 hingga 2020, peratus kanak-kanak bawah umur 15 tahun (umur muda) menunjukkan trend penurunan daripada 44.9 peratus pada 1970 kepada 24 peratus pada 2020.

“Trend umur muda yang semakin menurun dan peningkatan umur tua yang semakin ketara akan menjejaskan bilangan dan tanggungan untuk umur bekerja pada masa hadapan.

“Peratusan penduduk umur bekerja 15 hingga 64 tahun menunjukkan peningkatan daripada 52.1 peratus pada 1970 kepada 69.3 peratus pada 2020 dan diunjurkan menurun secara perlahan kepada 66.3 peratus daripada jumlah penduduk pada 2040,” katanya.

Beliau berkata penduduk Malaysia diunjurkan kepada 41.5 juta orang menjelang 2040 dan pertambahan penduduk akan merangsang peningkatan pengeluaran makanan dan perubahan diet turut menjadi faktor yang mempengaruhi jaminan bekalan makanan.

Katanya, antara cabaran yang harus ditangani pada masa kini adalah keseimbangan antara keperluan jaminan bekalan makanan dan jumlah keluasan kawasan pertanian yang terhad serta kesan daripada perubahan iklim.

Menurut data DOSM, penduduk Malaysia telah mencecah 32.4 juta pada 2020 dengan penduduk tertinggi di Selangor seramai tujuh juta manakala terendah di Labuan seramai 95,100 orang.

Mohd Uzir turut memaklumkan DOSM akan menganjurkan Regional Training Workshop on "Harnessing Opportunities Towards Resilient Future Through Census Data" pada akhir bulan ini sebagai platform ideal kepada ahli statistik, ahli ekonomi, Pejabat Statistik Kebangsaan (NSO) terpilih dan pegawai kerajaan Malaysia untuk membincangkan isu berkaitan kependudukan dan demografi bersama pakar antarabangsa. - Bernama

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM