web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jemaah Haji Malaysia Tinggalkan Khemah Lebih Bersih Dari Asal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 7:27PM

Di Arafah sebanyak 200 khemah disediakan untuk jemaah Malaysia dan di Muzdalifah, jemaah haji perlu bermabit beralaskan tikar di kawasan lapang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MINA - Keadaan sesak dan sempit tidak menjadi halangan jemaah haji Malaysia untuk terus menjaga kebersihan dan berdisiplin dalam tempoh operasi Masyair.

Sebaliknya ia memberi semangat untuk mereka memastikan penginapan di Arafah, Muzdalifah dan Mina selesa untuk diduduki dalam tempoh persiapan operasi Masyair.

Tinjauan Bernama mendapati sesetengah khemah jemaah haji Malaysia di Arafah ditinggalkan dalam keadaan lebih bersih berbanding sebelum ketibaan mereka, malah ada yang bergotong-royong menyusun tilam, selimut serta bantal dengan lebih kemas dan teratur sebelum berangkat ke Muzdalifah.

Ketika bermabit (bermalam) di Muzdalifah pula, rata-rata jemaah membawa plastik sampah masing-masing dan memastikan tiada sisa sampah sebelum bergerak ke Mina dengan menaiki bas.

Dicelah laluan khemah-khemah di Mina yang sempit juga menunjukkan tiada pembuangan sampah-sarap merata-rata dan TH menyediakan tong sampah di pelbagai lokasi.

Kebanyakan khemah jemaah membuat peraturan tersendiri dalam mematuhi penjagaan kebersihan hingga ada yang menyusun selipar dengan teratur di dalam serta di luar khemah.

Syed Saleh Syed Abdul Rahman
Syed Saleh Syed Abdul Rahman

Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata beliau terharu dengan sikap yang ditunjukkan jemaah haji malah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sentiasa memuji dan menganggap jemaah Malaysia adalah contoh terbaik.

Katanya, disiplin tinggi jemaah Malaysia telah diketengahkan dalam Program Kebersihan Masyair dan ternyata sikap itu berjaya membentuk keperibadian terpuji sepertimana misi program tersebut iaitu Kebersihan Mencerminkan Kemabruran Haji.

“Ketika jemaah haji berada di Arafah, sebelum mereka berangkat ke Muzdalifah mereka telah membersihkan perkhemahan dengan bersih dan kita dapat lihat usaha yang telah dilaksanakan. 

“Begitu juga ketika di Muzdalifah, jemaah haji telah memberi kerjasama terhadap program ini. Di Mina mereka akan tinggal lebih lama iaitu antara tiga ke empat hari…tempoh agak lama untuk mereka bersihkan di bilik air, kawasan dalam khemah dan lorong-lorong khemah”, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tersebut.

Di Arafah sebanyak 200 khemah disediakan untuk jemaah Malaysia dan di Muzdalifah, jemaah haji perlu bermabit beralaskan tikar di kawasan lapang. 

Keadaan di Mina agak mencabar kerana bukan sahaja melibatkan 600 khemah untuk jemaah Malaysia tetapi juga berada dalam kawasan yang sangat hampir dengan khemah umat Islam negara lain. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad