web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MATA Gesa SPRM Siasat Dakwaan Pemerdagangan Visa Haji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 10:59AM

Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlaku gejala pemerdagangan visa haji - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlaku gejala pemerdagangan visa haji.

Presidennya, Datuk Dr Mohd Khalid Harun berkata, beliau mendapat laporan bahawa wujud ejen pelancongan yang mendapat visa haji secara rundingan khas (direct negotiation) dengan pengurusan tertentu di Lembaga Tabung Haji (TH), tanpa lesen pengelola jemaah haji (PJH).

"Kalau ini benar terjadi, karenah memperdagang visa ini perlu mendapat perhatian SPRM dan satu lembaga penyiasatan wajib dijalankan dalam kadar segera," katanya.

Menurut beliau, lesen PJH diberikan kepada ejen pelancongan dengan peruntukan visa haji khas yang diambil daripada peruntukan visa negara.

Menurut beliau, semua ejen tersebut bebas mempromosi dan mendapatkan jemaah yang telah mendapat tawaran daripada TH untuk mengerjakan haji pada tahun tersebut, mengikut harga pakej masing-masing.

"Pakej ini juga sering disebut sebagai pakej haji swasta," katanya.

Mohd Khalid berkata, memandangkan TH memberikan kontrak tersebut kepada kumpulan yang boleh dikatakan sama sejak beberapa tahun lalu, sudah pasti timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemain industri yang banyak membuat urusan umrah.

Beliau menarik perhatian, sistem pengagihan lesen PJH tersebut juga boleh ditakrifkan sebagai sistem 'kartel Tabung Haji'.

"Kenapa tidak ada proses ketelusan dan keterbukaan yang betul-betul boleh memberi peluang kepada mereka yang benar-benar mampu mengurus dan mengendali jemaah haji secara berkumpulan?" soalnya.

Dalam isu visa haji furada, beliau berkata, ia adalah visa haji percuma namun telah disalahgunakan dengan diperdagang kepada mereka yang berminat.

"Saya menasihatkan kepada rakyat Malaysia bahawa visa ini adalah percuma. Mereka yang memperolehnya sudah memperdagang dengan mengikut permintaan pasaran.

"Tahun ini, tawaran visa haji undangan khas ini mencecah AS$6,000 (RM26,500). Ini cara mereka mengaut keuntungan yang berlebihan. Harap biarlah berpatutan," katanya. - Getaran, 11 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar