web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Barang, Kerajaan Jangan Buat Langkah 'Syok Sendiri', Cari Penyelesaian Efisien

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 11:19AM

Kerajaan perlu membanteras gejala 'membolot' barang bersubsidi oleh 'masyarakat vellfire' dan ketirisan barangan bersubsidi ke negara jiran - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mempunyai iltizam politik dalam mengambil tindakan tidak popular demi menangani isu kenaikan harga barang yang kini membelenggu golongan pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, kerajaan perlu membanteras gejala 'membolot' barang bersubsidi oleh kumpulan pemilik bisnes digelar sebagai 'masyarakat vellfire' dan ketirisan barangan bersubsidi ke negara jiran, yang dikatakan berlaku ketika ini.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George - Gambar Fail
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George - Gambar Fail

Menurut beliau, kerajaan tidak boleh lagi mengambil tindakan yang tidak efisien serta syok sendiri, sebaliknya perlu proaktif dalam memastikan bekalan makanan di negara ini cukup dan berpatutan.

"Adakah kita ada iltizam politik untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dan tidak syok sendiri supaya kita dapat menjaga bekalan makanan agar ia cukup?

"Anda perlu membuat keputusan yang sukar (hard decision). (Tetapi) Ini tidak mahu. Semua syok sendiri takut hendak keluarkan suara. (Sebaliknya) Selalu membangkitkan dan tuju masalah kepada yang lain, (padahal) masalah itu kita punya," katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Jacob memberitahu, pemerhatian di Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis dan Kelantan mendapati, kenaikan harga barang dan pembelian panik berlaku dengan begitu berleluasa. 

Disebabkan berlaku pembelian panik jelasnya, barangan bersubsidi menjadi tidak cukup dan didakwa dibeli oleh golongan kaya, bukan golongan sasar yang terdiri daripada kumpulan berpendapatan rendah.

"Golongan itu saya panggil masyarakat vellfire. Golongan ini mahu menonjolkan bahawa mereka tidak berduit tetapi semua mereka ini (sebenarnya berduit dan) menjalankan pelbagai bisnes termasuk makanan," katanya.

Jacob menambah, permasalahan kedua adalah masalah ketirisan barang bersubsidi ke negara jiran yang dilihat merugikan negara.

"Ada banyak barang tidak cukup di Malaysia, saya lihat ada di Selatan Thailand, di sempadan kita. Bagaimana barangan (yang) kita lindungi memasuki Thailand?

"Bagaimana barangan subsidi kita boleh masuk ke Thailand? Tidak perlulah kita buat suruhanjaya siasatan tertentu, kita sudah tahu ia disebab pegar makan padi. Ada kelonggaran, kebocoran dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, jika kelemahan di pintu sempadan itu tidak ditangani, gejala penyeludupan barang bersubsidi ke negara jiran akan terus berlaku.

Susulan itu, Jacob turut mencadangkan agar pihak berkuasa meletakkan wakil masing-masing di setiap premis jualan untuk memantau pembelian barang bersubsidi agar ia mengikut had ditetapkan.

"Siapa sahaja datang, orang vellfire, orang berpengaruh atau ketua parti politik, kita tidak peduli. Semua perlu mematuhinya," katanya.

Kata beliau, kerajaan perlu 'mengunci' pintu sempadan negara termasuk lorong tikus bagi mengelakkan penyeludupan keluar barang bersubsidi.

Untuk bergerak ke depan, Jacob berkata, kerajaan perlu menjalankan penilaian dan analisis terhadap tindakan yang telah diambil dan memanfaatkan maklum balas serta data diperoleh.

"Kita hendak orang yang pandai dan ada data bagi menjadi 'kuda' kita untuk ke depan. Di sini semua tidak mahu pergi, semua hendak tengok bila Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Itulah masalah  besar kita," katanya.

Kerajaan juga katanya, perlu memperjuangkan sekuriti makanan dan tidak membiarkan tanah subur di negara ini bertukar menjadi projek besar seperti lapangan terbang dan bangunan mewah, sehingga menghalau keluar golongan penternak dan petani. 

"Jangan potong tempat yang subur menjadi tanaman seperti musang king, Tanaman itu tidak akan menjaga keselamatan makanan kita," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi berkata, hukuman lebih berat perlu dikenakan kepada golongan yang bertindak menyorok dan menyeludup bekalan barang bersubsidi termasuk penjara dan rotan.

Beliau berpandangan, tindakan golongan itu menyorok dan menyeludup boleh diibaratkan sebagai mencabul hak rakyat bagi memperoleh bekalan minyak peket bersubsidi.

Jelasnya, golongan tersebut juga perlu dilihat sebagai pengkhianat negara dan bangsa. 

"Minyak masak (bersubsidi) berlambak di Thailand. Pihak menyeludup ini wajar dijatuhkan hukuman mandatori dirotan dan dipenjara kerana denda mereka boleh bayar. Kalau kita letak denda RM500,000 atau satu juta, mereka boleh bayar sahaja sebab keuntungan mereka buat lagi besar.

"Kalau pengarah (syarikat terbabit) ditangkap dan dirotan, itu akan menakutkan mereka. Bukan kita menghalang demokrasi tetapi dalam masa sama kita tidak boleh mencabul demokrasi rakyat,” katanya. - Getaran, 10 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar