web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peniaga Rugi Hampir RM1 Juta Kedai Terbakar Malam Raya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 9:47AM

Seorang peniaga menanggung kerugian hampir RM1 juta apabila dua kedainya musnah dalam kebakaran yang membabitkan lapan deretan kedai - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga menanggung kerugian hampir RM1 juta apabila dua kedainya musnah dalam kebakaran yang membabitkan lapan deretan kedai di Jalan Hiliran di sini, malam tadi.

Nik Mohd Kamil Abu Bakar, 37, berkata dalam kejadian kira-kira 10.15 malam tadi, dia baru sahaja menutup kedainya dan masih berada di kawasan berdekatan sebelum dimaklumkan kedainya terbakar.

"Saya tutup kedai dalam pukul 10 malam sebab esok nak raya, tutup awal sikit, lepas itu saya jalan-jalan di kedai dekat sini nak cari baju anak, dalam 15 minit lepas tu ada orang beritahu ada api dalam kedai basikal saya.

"Saya bergegas ke kedai dan nampak api dah penuh di bahagian belakang kedai dan tak sempat nak selamatkan apa-apa pun sebab api marak dengan cepat," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian malam tadi.

Beliau berkata satu lagi kedainya yang menjual pakaian terletak bersebelahan, turut dijilat api dan hanya sejumlah kecil barangan dapat diselamatkan.

"Saya baru ambil stok barangan baharu sebab nak buka satu lagi kedai basikal di Gong Badak lepas raya ini, sekali dengan stok baharu habis terbakar. Ujian besar untuk saya pada malam raya ni, saya reda sajalah," katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10.40 malam dan bergegas ke tempat kejadian.

"Ketika sampai di lokasi, kedai basikal berkenaan sudah musnah sepenuhnya dijilat api (lokasi kebakaran bermula). Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Kira-kira 30 anggota bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit bagi mengawal kebakaran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan